Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Tuesday, November 8, 2011

Kesempurnaan


Jangan di risau tentang akhir waktu mu. 
Jangan di fikir dunia yang kau tentangi. 
Tenangkan jiwa ,akal atau fikir mu. 
Terima atau menolak kau masih tetap terpilih. 
Menjalani harus redha. 
Harus kau fikir dunia sekadar pandangan halusinasi nafsu. 
Yang kau genggam akan kau lepaskan. 
Yang terpilih adalah diri mu. 
Jangan sesal pada saat yang tertunggu. 
Jangan sesaat kau melihat ianya tertunda. 
Semua yang menguji pada akal fikir atau nafsu. 
Hanya hati yang ikhlas yang mampu di uji. 
Kesempurnaan yang sempurna hanya ada pada hati yg sempurna. 
Lihat pada akal mu insyallah dan alhamdulilah itulah penentunya.

Sunday, September 11, 2011

Yang mana aku

menunggu detik, taqdir yang dinanti
kembali melintas waktu..
dari lembah aku datang
merentasi benua lautan
berlabuh di tanah keramat
memacak panji kebangkitan
janji yang berulang pasti

Telah puas aku berkelana,
jejaki tanah yang dulu dipijak
jejaki diri yang samar
seluas langit aku menyaksikan
diatas air aku diperlihatkan

Aku yang cuba mencari,
namun aku pula yang dicari
yang ku lihat hanya diri
yang menyaksi hanya hati
dalam sabar aku bertahan
mengenggam ikhlas dalam ujian

Atas nama hijrah aku berjalan
hakikat redha jua aku telan
memilih jiwa yang bersih
mencari kesempunaan iman dan hati

--
alghaligh

Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak 1432H

Alhamdulillah.
Cahaya hening mengetuk pintu di pagi Syawal tanda berakhirnya Ramadhan.. Perjalanan masa 1432H ini terlalu banyak memberi petunjuk buat yang berfikir dan merenung setiap kejadian yang berlaku...

Hidup umpama air sekejap pasang sekejap surut pada yang pergi pasti kembali yang baharu..Mungkin begitu juga perjalanan Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir, pada yang berakal pasti berfikir. Pada usia dunia yang sudah terlalu tua sedangkan Allah sentiasa inginkan yang baru..Siapkah kita untuk menghadapi waktu itu? Pada yang berakal pasti berfikir....

Apa-apa pun Maaf Zahir dan Bathin pada setiap patah perkataan yang tercoret dan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi mengongsi ruang mengisi minda.

Alghaligh 1011
Cahaya biru di langit, 
5 Sept 2011, 3.55 ptg, Bandar Tawau, Sabah
Dua matahari?
Refleksi dua cahaya. 
(Gambar diambil dari dalam kereta)
5 Sept 2011, 3.57 ptg, Tawau, Sabah

Friday, August 19, 2011

Jihad Terakhir I

Perihal meyusuri zaman
yang tertulis di arasy
yang terpahat di kitab
dirindu utusan al-amin
kembali bangkitnya ulul al-bab
merentasi waktu al-kahfi
mewarisi darah sulaful soleh

ramai terpanggil, sedikit menyahut
aqal dirasuk nafsu
terpaut dunia, lepas ikatan agama
ingatan pada manusia, 
menoleh dari peringatan Allah
tersungkur di al-badar kedua

buat yang tersedar..
gerbang cahaya hampiri mata 
bersediakah?
bintang berekor

Monday, August 15, 2011

Siapa khalifahmu?

Melangkah di akhir waktu
tanpa dijangka ia bertandang
suratan bertentu takdir Allah
janji berabad dimata ummat
pada yang beringat
pada yang beraqal
cuba merenung
melihat kedepan
memandang keatas
lalu kau sujud
dipenjuru ruang hakikat
baru kau faham
di mana letak nilai imanmu
tersimpan di neraca hati
atau tersorok di belengu nafsu
berpaling dari kebenaran
beredar dari landasan
kau lari dari peringatan
pasti tiada bertemu
khalifah yang ditunggu
hujan meteor

Wednesday, August 3, 2011

Aku ini manusia

Kalaulah aku manusia, hanya di uji terasa sombong.
Hanya kaya yg sedetik terasa taksub.
Hanya pandai berkata tinggi diri.
Hanya aku ini manusia.
Maka aku kenal hakikat diriku.
Maka aku rendah sedikit egoku.
Lalu aku bukakan hatiku.
Kenapalah aku enggan yaqin.
Sehingga suatu waktu aku terlalu mencari.
Sehingga aku terlupa aku ini manusia.
Hanya punya rasa cinta.
Hanya ada rasa kasih.
Tapi hanya Allah yang mampu mendengar.
Warna Senja, 
Kuala Lumpur, 7.25 ptg, 30 May 2011

Sunday, July 17, 2011

Inilah manusia

Manusia itu khilaf, daif dan naif
Beriman tapi berdosa
Berakal namun hancur 
Sedangkan bumi lagi menyaksikan
Kenapa harus menafikan
Kan setiap perbuatan pasti ada pembalasan
Sedangkan Allah lagi  menyaksikan
Tapi manusia sentiasa kealpaan
Sedangkan waktu sudah di penghujung 
Sudah tiada lagi perdebatan
Sekali hujah bahkan keinginan 
Hanya nafas nafsu keinginan
Tapi itukah yang Allah mahukan
Rupa awan petang, 12 Mar 2011, 5.05 ptg

Thursday, July 7, 2011

Makna yang hilang

dia tidak ditelan waktu
raut wajah nusabangsa
manis tanpa senyum
suara beralun nada

detik seolah terhenti
beringat dengan pesannya
kita orang lama
darah usang sejarah
lahir sudah berkurun

makna diraih aturan madah
hidup ini indah
agungnya ciptaan Allah
Syukuri tiap hadiah
tetap utuh dijendela mata

isi ilmu penuh di dada
hikmat ditiap kata-kata
sucikan tanggapanmu
kerna ia membina dan membinasa
buruk dan baik bahasa hati
rahsia dicari pada keduanya
Wajah Warna, 13 Mar 2011, 5.46 ptg

Monday, June 20, 2011

Untukmu al Mahdi

Bila sinar bara mengejar
Dentuman gema merobek hijab
Dipijak bercatur arah
Tertutup rapat rayuan darah
Tersentak diri wajah ilusi
Tiada lambat, tiada cepat

Tika itu, 
Terarah yang tekad, 
yang lama membersih sifat 
Hati dirobek tersiat hidup
Terkapai lemas terumbang ambing
Tiada belas insan, 
Mendakap belas tuhan..
lali erti hitam putih
Maksud dirai, redha ilahi

Berdiri tanpa kaki
Melihat bukan sibuta
Berkata dengan diri
Berjalan panduan ilahi

Cintanya pada rabbi
Rindu kepada khalifah ilahi

Gambaran Pedang di langit, 
23 Junuari 2011

Tuesday, May 24, 2011

Jiwa Yang Terpanggil* Kepada Panji-Panji Hitam (Ahlul Bait)

Ada kala aku terpaku.
Ada waktu aku tersandar.
Ada saat aku tertinggal.
Ada hari aku ingin sendiri.
Ada ketika aku ingin berkata.
Pada dunia kenapa aku yang terpanggil.
Sejauh 360 darjah aku terkeliling.
Mencari sebab pada sebab.
Seperti tiada kata pemutus.
Hanya sekadar menanti ikrar.
Yang lama tersahut.
Tapi masih tiada jawapan.

Awan berbentuk piramid
22 May 2011, 10.25 pagi

Tuesday, May 3, 2011

Yakin

Aku hanya melihat 
Tapi apa yg aku pandang 
Pada hari yang terdekat 
Pada saat yang terdetik 
Adakah hanya menunggu 
Walhal ada petunjuk 
Mungkin sifat hati 
Mungkin sangkal fikir yang jahil 
Menerima tapi sukar 
Menolak namun hakikat 
Bagiku semua ini baru bermula 
Mencari yakin pada yang satu 
Ujian hati pada yang yakin 
Waktu tetap akan sampai 
Bersedia atau masih mengejar 
Tiada yang pasti 
Kecuali dia yang terpilih.

Menerobos Awan, 7.02 petang, 21 Julai 2010

Thursday, April 21, 2011

Friday, April 8, 2011

Jiwa yang tenang

Hakikat hidup yang parah adalah jiwa. 
Yang tersadai hanya nyawa. 
Yang sengsara adalah hati. 
Wahai jiwa - jiwa yang tenang. 
Carilah apa maksud hati tersembunyi. 
Pada jasad yang tercalar. 
Bagai diheret ke dasar neraka. 
Walau roh ingin ke syurga. 
Terpisah tidak bersama terpaksa. 
Namun tetap tak bersatu. 
Jadi apa yang benar. Apa yang palsu. 
Cari diri kenal realiti. 
Waktu masih menanti. 
Tapi bukan utk diragui.

Wajah dan Cahaya di awan
26 Feb 2011, 6.23 Petang, Rawang

Tuesday, April 5, 2011

Akhir zaman

Salah kah jika memilih, mencari yang benar dari yang salah.
Melihat pada yang satu dari yang banyak.
Mengenal pada yang jernih dari kotor.
Jelas pada wajah sementara waktu belum berhenti.
Sementara sinar sebelum gelap.
Dalam diam yang tertinggal untuk melihat waktu yang berpaling.

Awan aneh (Lihat wajah ditengah bayangan)
Sekitar Masjid Jamek, 24 Okt 2010, 12.48 tengahari

Tuesday, March 29, 2011

Ini hakikat

Apakah yg ku lihat indah.
Indah pada mataku.
Atau hanya illusi minda.
Ini permainan dunia fantasi.
Tampak realiti hakikat duniawi.
Tapi semua palsu.
Ini ujian hati tapi terlihat di jendela mata.
Melihat yang indah hanyalah hitam dan putih.
Seandainya aku bisa melalui israknya lalu akan ku singgah di mikrajnya.
Kerana aku mahu melihat indah syurga hati.
Dan melintasi neraka hati.
Seandainya manusia tahu apa itu realiti indah dunia ciptaan illahi.

Friday, February 25, 2011

Hatimu teman

Apa nilai padamu teman.
Jika hanya untuk pengisian masa.
Jika hanya untuk berdebat persoalan minda.
Aku ini bukan yang dulu katamu.
Katamu angkuh penuh sindiran.
Cemburu berunsur penaklukkan.
Hingga sanggup kau katakan, teman kau dalam kesesatan.
Pulanglah... Kembali kepangkal jalan.
Dan manusia tidak akan pernah tahu apa yang Allah aturkan.

Aku diberi kekuatan fikiran.
Memilih jalan kebenaran dari kesempitan.
Hati yang dipenuhi kebencian.
Kepada Allah aku serahkan.
Hati yang pasrah berserta pengorbanan.
Ikhlas tanpa ungkitan.
Bagiku tiada erti teman.
Aku lebih memilih apa yang Allah mahukan.
Hati yang tenang tanpa paksaan.

Tuesday, February 22, 2011

Imankah nafsu? (erti zuhud)

Sekali nafas terhela. 
Seribu zarah terhembus. 
Terlihat pandang namun diam. 
Tanpa berkata walau sekelumit. 
Sekali senyum walau bisu. 
Namun mata berbisa. 
Kenapa ditentang walau disanggah. 
Padahal hati bergelora. 
Seandainya ikut rasa pasti binasa. 
Tergoyahkah iman. 
Dalam haus mencari sabar. 
Terhenti mungkin segala keikhlasan. 
Atau masih dalam kekalutan. 
Mencari yang redha. 
Tapi hatinya tunduk pada dunia. 
Jalan yang hampir. 
Berliku penuh ujian. 
Yang di duga nafsumu. 
Yang diuji imanmu. 
Yang di bawa akalmu. 
Yang sempurna adalah hatimu. 
Bisakah diri mengatasi diri.

Mimbar masjid tergantung

Friday, February 18, 2011

Aku bukan wali

Kasihan aku melihat.
Pada makhluk bernama Adam dan Hawa.
Sekejap bersuka lebih berduka.
Mungkin juga kerana umur dipenghujung sara.
Mungkin juga waktunya habis dipersia.
Mungkin derita seumur hingga tiada daya.
Atau ada yang sesal tak sudah.
Rasa rugi usianya tanpa mengenal siapa Allah.
Sesungguhnya kalau aku bisa menangis.
Melihat manusia hidup dipenuhi sengsara.
Yang hanya dirakusi nafsu serakah.
Angkuh yang bertakhta.
Sentiasa benar walaupun salah.
Rasa sempurna pada dirinya.
Tapi jelek pada pandangan Allah.
Aku sedar jika awalnya Aliff akhirnya Ya....
Makna pada suatu yang indah tapi hancur sesudahnya.
Akan sedarkah manusia betapa mereka hilang iman dalam islam.
Hanyut dalam khayalan illusi iblis bisikkan.
Aku hanya melihat.
Dan aku akur waktu yang dipinjamkan hanya sebentar.
Akan sedarkah?
Maqam Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri

Wednesday, February 16, 2011

Hidup yang bagaimana?

Hidup yang pasrah, walau parah.
Hidup yang kecewa, hilang dalam kelam.
Mencari dalam tenang namun hancur pada isim dalam.
Mencari dalam suram tenggelam tidak kesampaian.
Apa yang tercapai.
Hanya tergapai dalam selangkah menuju sirat as surat.
Mampukah diri menongkat langit memikul ombak.
Sedangkan kesabaran bisa diukur dengan jiwa.

Tuesday, February 15, 2011

Erti rasa

Kalau di tanya pada diri.
Apa yang aku tahu tentang diri.
Apa yang aku tidak tahu tentang diri.
Kenapa aku enggan melihat.
Pada mata kurniaan Allah.
Tersempitkah pada akal ku.
Terlepaskah dari minda ku.
Apa yang aku tuju hingga aku terlupa.
Rupanya setiap ayat wahai yang bernama sahabatku.
Aku ukir demi kesedaran.
Apa yang kau cari ada pada diri.
Bukakan keredhaan pintu hati.
Kerana setiap ayat yang aku ukir tiada jawapan tiada pertanyaan.
Hanya rasa cinta Allah.
Kasih yang mendalam Rasulullah
dan rasa sayang manusia.
Masjid yang hidup dengan amalan

Sunday, January 30, 2011

Ku melihat kalimah Allah di matamu



Keranamu Atjeh

Dunia seolah semalam berputar
berpijak atas bumi keramat
dipacak teguh pohon tauhid
peluh dan darah pejuangmu
tiada gentar, hati seteguh besi waja

Aku telusuri wajah bangsamu
kagum, bangga, sedih bersua
haluan mereka tiada lena,
asyik jauh sekali
airmata merah sirami tanah
tiada hujung.. bilakan sampai akhir
cahaya haq kan terangi kelam

Bangkitkan anakmu yg bermimpi
lepaskan khurafat di maqam batu
hancurkan thaghut
bersihkan syirik pada qalbu
zikir pada yang Ahad..
kembalilah pada asalmu

Friday, January 14, 2011

Mengenal erti 2

Simpang itu pasti kan bertemu
awal dan akhir engkau memilih
bila Allah datang menguji
arah mana hamba menuju

Risiklah diri ke mana berpandu
cinta apa mengisi di hati
berkiblat nafsu berpaling aqal
duniakah arah sujudmu?

Atau pada hati engkau merenung
menyelak iman, taqwa terbentuk
mengimbas ikhlas tiada mengeluh
sabar sekental niat dan amal
mengharap redha haluan hati

Mengenal erti

Kenapa sukar aqal mengerti
Korban diri menuju hakiki
dari terkorban demi duniawi?

Kenapa payah mencari beza
Beramal akhirat untuk dunia
atau beribadah dunia demi akhirat?

Kenapa tidak cuba selami
erti hidup dan tujuan diri
dan mengerti hidup sesudah mati?

Kenapa diri seolah terpatri pada khayalan hidup
dari tersedar pada hakikat yang abadi tiada noktah

Kenapa tidak bertanya diri
apa erti hidup ini? dan apakah hidup ini bererti?

Aku mendongak melihat Kalimah Allah