Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Monday, May 24, 2010

Keyakinan hati

Keyakinan adalah perbuatan hati. Pembentukan sifat yakin yang tinggi biasanya mengambil masa mengikut kadar kekuatan hati seseorang. Dan yakin itu juga amat berkait rapat dengan kekuatan iman.


Hati itu membentuk iman, dan iman akan membentuk keyakinan. Rukun iman seseorang akan terpacak teguh bila seorang muslim meyakini terhadap rukun-rukunnya. Tidak mungkin seseorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Allah memiliki hati yang lemah. Hatilah yang membentuk keyakinan, dan seterusnya terjemah dalam akhlak peribadi seseorang. 


Allah akan sentiasa menguji keyakinan hamba-hambanya untuk memperteguh hati-hati mereka. Setinggi mana sifat hati hamba itu, seteguh itu jualah keyakinan.


Ramai yang cuba meyakini kekuasaan Allah, tetapi belum mempersiapkan hati untuk memperteguhkannya. Hasilnya, iman mereka seoalah lalang di padang yang luas, mengikut aturan arah angin yang bergoyang.


Ramai yang mencari keyakinan terhadap Allah, tetapi tidak membuka hati untuk meyakini petunjuk dan ketentuannya. Bila diri mencari keyakinan, bukalah juga hati untuk meyakini.

Thursday, May 13, 2010

Gambaran hati yang baik

Sebahagian hati yang dimiliki manusia
melihat diri lebih baik, atau lebih mulia
Ilmu dan kebolehan selalu dibangga 
Diri mengagung darjat, walaupun beralasan hati setia
Orang lain disinggung dan mempersenda

Amanah & tanggungjawab disalahguna
kepentingan diri menjadi yang paling utama
Bagi mereka guna apa saja
Asal hidup senang di dunia

Malang juga, ramai tunduk pada mereka
kerana tunduk pada kuasa, kedudukan & harta
makan gaji, ikut perintah dan pelbagai alasan diterima. 
Takut nanti bila mempersoal atau menegur saja
diri & keluarga mereka terkena percikannya.  

Teman,
Hati yang baik tidak beralas pada keegoan. 
Tidak mempersenda sesama walaupun apa alasan
Tindakan mereka lambangkan ketulusan 
Tidak terpaksa, tapi sukarelawan
Selalu mengelak puji-pujian

-- 
alghaligh


Ilustrasi gambaran Sheikh Abdul Rauf As-Singkiliy @ Sheikh Abdullah

Tuesday, May 11, 2010

Maksud Ujian Allah


Allah sentiasa menguji hati manusia. Ujian hati ini tidak akan putus sehinggalah ke hembusan nafas terakhir. Allah telah menyediakan pakej ujian kepada setiap manusia di dalam  qada' dan qadarnya. Ini adalah sebahagian dari dugaan iman. Seteguh mana peganggan kesabaran, sekuat itulah iman seseorang.
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Monday, May 10, 2010

Perjalanan hati

Ada segelintir di kalangan manusia yg terbuka hati utk mula mengenal tuhanNya. Maka mereka berjalan, mencari dan bertanya akan hal Allah; Af'al, Asma & Sifat-sifat Nya. Mereka berdoa & beramal agar Allah memperkenalkan diriNya. Namun, sedikit yg teguh pada pendirian, bila hati mula dicuba & diasak dgn ujian kecintaan. Dunia ini memang penuh dgn dugaan. Mudah merampas ruang iman yg bersandar pd hati yg rapuh. Lalu tersungkur hati pada godaan keinginan, dan terpesong arah tujuan.

Teman,
Benar sungguhkah keinginan mengenal tuhanMu?
Bersediakah hatimu untuk dipersembahkan kpd tuhanMu?
Sabarlah dalam perjalanan,
ikhlaskan pengharapan,
dan redha atas ketentuan.


--
Sent from my mobile device
alghaligh

Fikir & Iman

Fikiran yang baik membuahkan tindakan yang baik. Bila fikiran itu bersih, maka tindakan juga akan turut bersih. Pertalian keduanya amat kuat bagi membina iman yang utuh. Namun, ia tidak semudah bicara. 
Pernahkah kita terfikir, ramai manusia bertindak tanpa fikiran, dan berfikir tanpa tindakan? Apa yang berlaku, fikiran biasanya tidak sehaluan dgn tindakan. Orang kata "Cakap tidak serupa bikin" 

Fikiran & tindakan umpama buah dan akar. Buah akan subur bila akar cukup menerima air dan bahan galian yg diperlukan. Inilah juga kiasan iman. Bila iman seseorang itu terpacak kukuh, maka akan terserlah pada akhlak tindakannya. Amat mudah untuk menilainya..

Lihat saja reaksi kita bila dicabar dgn perkara yg paling kita benci,
dicuba dengan perkara yg paling kita sayang,
diuji dgn perkara yg paling kita cinta.
Apakah tindakan kita pada ketika itu?
Adakah iman tetap di dada atau ia hilang buat seketika?
Di mana kedudukan iman kita?

Iman itu sepatutnya kukuh atas dasarnya.
Ia timbul ketika senang, dan hadir ketika susah.

--
alghaligh

Sunday, May 9, 2010

Tugas & Tanggungjawab

Ramai manusia gila mengejar kedudukan dan darjat sepanjang hidup. Pakej kemewahan dan kesenangan, pujian dan sanjungan, kuasa dan pengaruh bakal dinikmati oleh seseorang yg diangkat oleh sistem feudalism manusia sendiri.

Perlumbaan utk memiliki status ini berjaya membentuk iman-iman yg lemah dan rapuh terhadap Allah, malah mengajar hati-hati yang sentiasa haus serta rakus kearah keduniaan. Malangnya amat sedikit yang mampu faham
malah dapat melaksanakan amanah yg terikat bersama.

Teman,
tanggunjawab itu bukan di cari, tapi diberi.
Ia tidak dikejar malah ditakuti.
Persiapkanlah hati yg suci,
agar amanah dapat ditanggungi.
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Friday, May 7, 2010

Misi hati

Kehidupan merupakan misi mencari erti,
agar diri dapat mengerti hati,
terbentuklah bayangan budi,
dalam kias akhlaq insani

--
Sent from my mobile device
alghaligh

Jalinan hati & iman

Amat rapat hubungan hati & iman itu. masih ramai yang tidak bertemu dengan jalinan keduanya. Seorang Islam wajib mengetahui akan 6 rukun Iman, bagaimana pula hati? Sedangkan rasulullah S.A.W pernah bersabda
"dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika bersih daging itu, maka sihat & baik lah seluruh anggota badan. Ketulan daging itu adalah hati"
Hadith ini menunjukkan kepentingan memelihara hati dari dicemari. Bagaimana pula kedudukan hati dlm Islam? Hati itu bagai penyuluh iman. Ia bukanlah hanya ketulan daging di dlm badan manusia, tapi 'ruang' sifat dlm diri manusia itu sendiri. Fikir-fikirkan

Niat


Sesungguhnya tiap amalan itu bermula dgn niat. Niat yang ikhlas membentuk amalan yang ikhlas.

Teman,

Pacaklah keikhlasan di awal perbuatan,
teguhkan niat dalam perjalanan amalan,
keteguhan niat akan menyelimuti perlakuan,
Bukti & lambang sucilah kehambaan.

Diterima amalan kerna teguh niat pendirian,


Datangnya rahmat atas luhurnya keihklasan,
Sucikan fikir agar cantik tindakan,
Jadikan Allah satu-satunya tempat tujuan,


Tiada harapan, tiada keinginan, tiada kemahuan selain dari Allah
itulah namanya keihklasan dalam perjalanan 



--
Sent from my mobile device
alghaligh

Thursday, May 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim


Pembuka bicara..

Hari ini, hati ini tersentuh dengan secalit dugaan yang Allah hidangkan buat diriku. Seolah aku mempertikaian dan mempersoal akan ketentuan yang Allah telah patuskan buatku. Dugaan hidup yang aku dihadapi bukan calang beratnya, hanya aku yang dapat merasakannya.
  
Imanku bertanya adakah aku benar-benar telah bersedia untuk menghadapi Qadha dan  Qadar yang telah Allah tuliskan buat diriku?
Sejauh mana persediaan hatiku untuk meniti landasan redha dan ikhlas menuju tujuan hidupku?
Sudah bersediakan bekalan bekalan iman & keteguhan hati mengharungi ujian sebagai hamba Allah?
Astagfirullah al-Azim..Istigfar aku sebanyak mungkin akan kejahilan diriku.
Ku betulkan iktiqad, dengan seluruh daya dan kekuatan ku berserah kepada Allah.

Inilah permulaan bicara ku buat mereka yang ingin kembali