Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Thursday, January 19, 2012

mata hati

Jika kau tanya pada aku.. 
Maka jawabku tiada.. 
Jika kau bertanya lagi padaku. 
Maka jawabku juga tiada.. 
Kerana apa yg kau rasa tanpa bisa kau sentuh.. 
Sungguh kau mencinta tapi hanya pada nama.. 
Hatimu hanya pada dirimu.. 
Lalu dimana aku? 
Kau menguji aku menduga. 
Sejauh hikmah sejarak berselerak.. 
Pasti kau bertanya! 
Apa yg ada pada benak fikirmu.. 
Dunia atau dunia atau dunia.. 
Bijak kau berkata hebat bicara pena.. 
Seperti ditahap syafaat.. 
Sedang sang azazil ma'arifatullah.. 
Sedang kau berpena dia juga mencelah.. 
Membara di jiwa yg bernama nafsu amarah.. 
Sedarkah hai! Sang jiwa.. 
Aku cuma berkata.. 
Malunya diriku.. 
Sedang Allah merenung walhal aku masih diambang khayal sang dunia sedang aku berkata tinggal segalanya.. 
Dan yg menjawab hanya selamba seolah-olah itu yg nyata.. 
Padahal aku berkata dgn si laknatullah.. 
Sungguh! Aku terlupa akan sabda Rasullulah ketika kamu dizaman dunia.. 
Akan muncul kemunafikan pada lidah dan jari si pemula..