Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Friday, February 18, 2011

Aku bukan wali

Kasihan aku melihat.
Pada makhluk bernama Adam dan Hawa.
Sekejap bersuka lebih berduka.
Mungkin juga kerana umur dipenghujung sara.
Mungkin juga waktunya habis dipersia.
Mungkin derita seumur hingga tiada daya.
Atau ada yang sesal tak sudah.
Rasa rugi usianya tanpa mengenal siapa Allah.
Sesungguhnya kalau aku bisa menangis.
Melihat manusia hidup dipenuhi sengsara.
Yang hanya dirakusi nafsu serakah.
Angkuh yang bertakhta.
Sentiasa benar walaupun salah.
Rasa sempurna pada dirinya.
Tapi jelek pada pandangan Allah.
Aku sedar jika awalnya Aliff akhirnya Ya....
Makna pada suatu yang indah tapi hancur sesudahnya.
Akan sedarkah manusia betapa mereka hilang iman dalam islam.
Hanyut dalam khayalan illusi iblis bisikkan.
Aku hanya melihat.
Dan aku akur waktu yang dipinjamkan hanya sebentar.
Akan sedarkah?
Maqam Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri

No comments:

Post a Comment