Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Wednesday, July 24, 2013

Mencari Ikhlas

Sedih hati ku melihat dunia yang semakin sepi
Apa yang aku cari sudah tiada
Aku kehilangan akan suara itu
Tapi yang kedengaran hanyalah suara rintihan
Rindu dan sunyinya dunia ni..!!!!
Penghuninya semua sudah kalut dalam pencarian Dunia yang tanpa penghujung
Itulah pada fikirnya
Sedangkan Pasrah pada pemberian itu bukan satu alasan
Kau mesti berusaha..!!!!
Kerana kita hidup perlu Makan dan Pakai..!!!
Berdoalah kau sampai gila..!!!
Itulah tuturnya..
Penghuni yang tidak pernah mengenal siapa Tuhannya
Ruginya seisi Dunia
Jika di kejar tiada dapat
Sedang yang di Kendong Keciciran
Yang Berharta semakin melimpah
Yang Miskin semakin Berharap
sedangkan ALLAH SWT Maha Melihat

Letakkanlah Diri mu di mana Jua
Tiada yang Kau Simpan 
Tiada Jua yang Bisa kau Sembunyikan
Dosa Seberat Zarah atau Sekecil Kuman
Tetap perkiraannya Seimbang
Tiada yang terlebih atau terkurang
Cuma Amalan yang menjadi Pertaruhan
Tapi Amalan yang serupa apa..???
Sentiasa menjadi Buruan
Kata-kata begini sering kedengaran
Carilah dirimu
Kenal Dirimu
Maka akan kau akan kenal siapa Tuhanmu
Jika kau kenal siapa Tuhanmu
Maka akan Binasalah dirimu
Kata- kata kesombongan lahir dari Hatinya yang Angkuh
Bukankah itu hanya ayat Mainan
Pada yang berwajah Hitam tak kelihatan
Pendapat Penghuni Alam Maya
InsyaALLAH kau akan selamat dari sebarang siksaan sekiranya kau cari dan kenal siapa Tuhanmu..
Walaupun Tidak cukup Solat mu atau Amalan lain mu
Yang penting itu saja yang perlu kau tahu
Ketawa lagi dia yang tidak kelihatan
Sedangkan yang lebih ringan di tinggalkan
Inikan pula mencari yang jauh dlm keikhlasan

Kenapa dirimu selalu dalam kesesatan 
Kegelapan di sekelilingmu tidak kau hiraukan
Harta mu yang bertimbun juga enggan kau sedekahkan..
Tapi selalu di ungkapkan ayat ini pada dirimu
Yang mana satu kau punya cuma sedikit
Sedangkan yang banyak bakal kau tinggalkan
Ahhh  !!! cuma sekadar kata-kata..!!
Mengalir airmataku..
Sungguh Ya ALLAH 
Tiada Upaya diriku 
Melainkan atas Keizinanmu

Aku sendiri dalam mencari
Apa yang tenggelam aku tarik kembali
Sebanyak mana Amalanmu
Tiada perhitungan jika Keikhlasan tidak pernah sekali bersamamu
Biarlah kesunyian ini aku telan bersama dosa-dosa keringnya manusia
Tiada lagi yang tinggal cuma sia-sia
Sedangkan Rahmat mu melebihi Amarahmu
Maka Binasalah dirinya yang berkata tapi sia-sia..
Mencari dirimu sedangkan dirinya masih tenggelam dalam Bahana
Apa yang kau beri 
Maka kau juga Berhak mengambil kembali
Buat yang belajar kenal diri
Carilah ikhlas jauh di sanubari
Pada jiwa-jiwa yang Tenang
Kekal Abadilah kamu di sana
Hanya ALLAH jua tempat sebaik-baik tempat mu kembali
Jangan kau sandarkan pada dunia
kerana illusi yang kau lihat bermain di minda
yaqin menjadi ikhlas dan dirimu kembali zuhud..

Alghaligh

2 comments:

  1. Bermula ak mengenal..ak belajar mencari sebenar2 keikhlasan dalam sebuah persahabatan..

    ReplyDelete