Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Friday, March 23, 2012

Apa yang aku mau..

Apa pandangan manusia pada diriku????
Tapi apa pandangan Allah pada aku..
Pertanyaan tanpa jawapan..
Sehingga aku berfikir apa pandangan Allah pada diriku..
Bagaimana Amalku..? Apa Perbuatanku..? Sifatku.. Akhlakku dan Redha kah diriku sedang Hatiku sentiasa sakit kerana sifat dengkiku..

Apa pandangan manusia pada diriku?
Sedang mereka juga adalah manusia...
Yang sentiasa Kabur.. Khilaf.. Dan Alpa.
Sedang aku ingin yang Sempurna..

Aku menilai diriku sejauh mana aku belajar..
Melihat pada ramai kepada yang satu...
Dan untuk apa pandangan manusia..
Sekadar tuntuan Dunia atau sekadar Nafsu...
Pilih antara yang mana?
Kalau aku bertanya dengan sejuta umat dan sejuta pertanyaan dan sejuta persoalan...

Dan aku hanya memohon hanya kepadaMu Ya Allah..
Hanya pandangan JiwaMu yang bisa menembus jiwa mata hatiku..
Tiada persoalan tanpa jawapan..
Tiada kehidupan tanpa ujian...
Pasti yang bernama aku dan manusia faham..
Jika hidup ini berdasarkan ketentuan..
Sehebat mana manusia berilmu tapi apa pandangan Allah pada dirimu..
Hebatkah dirimu...?

Aku manusia yang lemah tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu..
Kenapa aku berkata tanpa merasa...
Sedang Akal dan Qalbu ku saling berpisah..
Kenapa aku jahil menilai manusia..
Sejuta pandangan manusia..
Akan berubahkah apa yang Allah telah pilih untuk diriku..
Sedang aku hanyut ujian manusia..
Menanti Taqdir yang pastinya tidak akan berubah..
Hanya aku menunggu..
Suatu penentu..
Sepasang mata tajam sedang memerhati
9.39 pagi, 7 Januari 2012