"Dunia letak di tanganmu, bukan di hatimu"
Syeikh Al-Haj Yusof Tajul Khalwaty Al Makassari
Hati akan mudah bersenang dengan kenikmatan hidangan dunia..kesenangan yang datang dari kekayaan harta, keegoan yang diterima dari kedudukan dan darjat, keasyikan yang ditawar oleh wanita..semua mempersona. Sehingga hati hitam terikat, minda kaku terhalang untuk menyedari sebenarnya semuanya hanyalah hayalan, nilai umpama setitis air di lautan, debu di padang pasir, tiada nilai dan harga sekelumit pun. Ramailah yang hidup dalam belaian kesenangan, lupa akan asal tujuan mereka dihidupkan.
Dunia adalah tempat persingahan, bukannya maksud tujuan. Tidak salah untuk mendapatkan seluruh kenikmatan dunia, dapatkanlah sebanyak mana harta yang mahu dikumpul, setinggi mana darjat yang dijunjung manusia, secantik mana wanita idaman..genggamlah seluruh dunia, tapi jangan ada hati dengannya! Jadikan Sulaiman A.S sebagai contoh jika ingin keseimbangan.Dia memiliki segalanya, tapi hatinya hanya pada yang Esa. Amat berat untuk menuruti sekiranya iman tidak sekuat mana.
No comments:
Post a Comment