Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Friday, February 25, 2011

Hatimu teman

Apa nilai padamu teman.
Jika hanya untuk pengisian masa.
Jika hanya untuk berdebat persoalan minda.
Aku ini bukan yang dulu katamu.
Katamu angkuh penuh sindiran.
Cemburu berunsur penaklukkan.
Hingga sanggup kau katakan, teman kau dalam kesesatan.
Pulanglah... Kembali kepangkal jalan.
Dan manusia tidak akan pernah tahu apa yang Allah aturkan.

Aku diberi kekuatan fikiran.
Memilih jalan kebenaran dari kesempitan.
Hati yang dipenuhi kebencian.
Kepada Allah aku serahkan.
Hati yang pasrah berserta pengorbanan.
Ikhlas tanpa ungkitan.
Bagiku tiada erti teman.
Aku lebih memilih apa yang Allah mahukan.
Hati yang tenang tanpa paksaan.

Tuesday, February 22, 2011

Imankah nafsu? (erti zuhud)

Sekali nafas terhela. 
Seribu zarah terhembus. 
Terlihat pandang namun diam. 
Tanpa berkata walau sekelumit. 
Sekali senyum walau bisu. 
Namun mata berbisa. 
Kenapa ditentang walau disanggah. 
Padahal hati bergelora. 
Seandainya ikut rasa pasti binasa. 
Tergoyahkah iman. 
Dalam haus mencari sabar. 
Terhenti mungkin segala keikhlasan. 
Atau masih dalam kekalutan. 
Mencari yang redha. 
Tapi hatinya tunduk pada dunia. 
Jalan yang hampir. 
Berliku penuh ujian. 
Yang di duga nafsumu. 
Yang diuji imanmu. 
Yang di bawa akalmu. 
Yang sempurna adalah hatimu. 
Bisakah diri mengatasi diri.

Mimbar masjid tergantung

Friday, February 18, 2011

Aku bukan wali

Kasihan aku melihat.
Pada makhluk bernama Adam dan Hawa.
Sekejap bersuka lebih berduka.
Mungkin juga kerana umur dipenghujung sara.
Mungkin juga waktunya habis dipersia.
Mungkin derita seumur hingga tiada daya.
Atau ada yang sesal tak sudah.
Rasa rugi usianya tanpa mengenal siapa Allah.
Sesungguhnya kalau aku bisa menangis.
Melihat manusia hidup dipenuhi sengsara.
Yang hanya dirakusi nafsu serakah.
Angkuh yang bertakhta.
Sentiasa benar walaupun salah.
Rasa sempurna pada dirinya.
Tapi jelek pada pandangan Allah.
Aku sedar jika awalnya Aliff akhirnya Ya....
Makna pada suatu yang indah tapi hancur sesudahnya.
Akan sedarkah manusia betapa mereka hilang iman dalam islam.
Hanyut dalam khayalan illusi iblis bisikkan.
Aku hanya melihat.
Dan aku akur waktu yang dipinjamkan hanya sebentar.
Akan sedarkah?
Maqam Sheikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri

Wednesday, February 16, 2011

Hidup yang bagaimana?

Hidup yang pasrah, walau parah.
Hidup yang kecewa, hilang dalam kelam.
Mencari dalam tenang namun hancur pada isim dalam.
Mencari dalam suram tenggelam tidak kesampaian.
Apa yang tercapai.
Hanya tergapai dalam selangkah menuju sirat as surat.
Mampukah diri menongkat langit memikul ombak.
Sedangkan kesabaran bisa diukur dengan jiwa.

Tuesday, February 15, 2011

Erti rasa

Kalau di tanya pada diri.
Apa yang aku tahu tentang diri.
Apa yang aku tidak tahu tentang diri.
Kenapa aku enggan melihat.
Pada mata kurniaan Allah.
Tersempitkah pada akal ku.
Terlepaskah dari minda ku.
Apa yang aku tuju hingga aku terlupa.
Rupanya setiap ayat wahai yang bernama sahabatku.
Aku ukir demi kesedaran.
Apa yang kau cari ada pada diri.
Bukakan keredhaan pintu hati.
Kerana setiap ayat yang aku ukir tiada jawapan tiada pertanyaan.
Hanya rasa cinta Allah.
Kasih yang mendalam Rasulullah
dan rasa sayang manusia.
Masjid yang hidup dengan amalan