Sabar itu cerminan iman..Tampak jelas hadir keimanan bila sabar telah bertapak. Tiada iman tanpa sabar, dan hilang sabar bila tiada iman...Bukankah Allah sering menguji keutuhan iman adam dan hawa? Disinilah ikatan hati dapat dilihat, pegangan diri dapat dinilai... Allah sering menjadi teman, atau syaitan telah menjadi rakan. Lihatlah coretan sejarah wali, rasul dan nabi pilihan. Pincang perjuangan mereka tanpa kesabaran.
Sempurna sabar pula bila hadir redha di hati insan. Sabar dengan ujian, dan redha atas kesabaran... Di sini pula nilai pergantungan hati diasak dan diuji.. Rela hati atau berat hati dalam ujian. Semua menjadi neraca pertimbangan.
Kerana itu, siapkan hati menerima ujian. Dan amatlah berat tanpa keikhlasan. Inilah jalan kesempurnaan..Iman itu adalah hasil perjalanan hati. Hati yg sering diuji dengan nilai sabar, redha dan ikhlas.
--
Sent from my mobile device
alghaligh
Bismillahirrahmanirrahim
Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...
Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________
No comments:
Post a Comment