Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Friday, July 30, 2010

Makrifat Hati & Iman 5

Tertunjang waktu terhempas masa
Tiada sedih  tiada gembira
Hanya kalut cuba mencelah
Mengheret dunia ke jurang binasa
Tanpa tidur tanpa sedar
Sejauh jarak pandangan
Dimana dirimu hilang mencari arah tapi masih sesat di neraka

Syurga yang kau kejar tapi terdampar di malakut
Kenapa alpa pada janji yang Allah sentiasa menanti
Masa yang kau kejar masa juga yang terhenti
Apa yang dicari kenapa tidak ingat pada janji yang Allah sentiasa menagih janji mu
hai manusia yang bernama adam dan hawa

Zikir di ambang waktu

Ku perhati wajah kenalan
kulit tua rambut beruban, sudah lama rasa garam
lengkap sifat cukup makan, mandi dengan nikmat insan

tapi amat malang..
menilai waktu dgn hiburan, bicara akhbar simpan alquran
solat wajib dipersendakan, agama jadi alat perhiasan

hendak hidup berpuluh zaman. vitamin, herba jadi makanan
lupa maut tak pilih insan, bila2 sakit bertandang.. 
meraung-raung dgn tuhan, minta jual kembali keriangan

senja merah sinari jalan, mengheret ke gerbang alam
tiada bekal selain iman, hanya amal ikhlas dan ehsan
baik buruk insan tentukan, terimalah balasan..
tiada guna penyesalan dihadapan tuhan

-- 
Sent from my mobile device
alghaligh

Thursday, July 29, 2010

Makrifat Hati & Iman 4


Menuju yang tiada..Wujud kepada yang zahir
Mencari jiwa dalam hakikat
Apakah sempurna atau masih syariat…
Empat penjuru alam aku lintaskan
Jiwa yang hakiki aku lepaskan
Kepada mu ya Allah aku serahkan
Bersatu jiwaku dan alamku pada yang satu
Disatu penjuru engkau letakkan
Apakah ini garisan penyerahan jiwaku dan hakmu ya Allah.
Maka akan aku biarkan jiwaku bersatu di luh mahfuzmu.

Kerana mulut..

Hairan aku pada manusia..
Gian dengar banyak cerita, anggap memang jadi budaya
Hal org katanya.. perlu di dengari juga
Ramailah yang suka bawa cerita, tanpa perlu usul periksa
Mana benar mana salah, cerita akan ditokok tambah
Maruah org tiada terjaga

Sini sana mereka menjaja, hal peribadi org tak dhirau sudah
Asal ada bahan bicara, baik buruk tiada sangka
Memang inilah jadinya fitnah

Mulut mereka suka membinasa, hati mereka tiada dijaga
Iman dan amal tiada terpelihara, sebab pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa, tunggu sajalah balasan Allah..
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Wednesday, July 28, 2010

Kita akan kembali

Mati itu kembali..pulang bertemu ilahi
Dilapah roh kulit merasai, laungan jeritan tiada mendengari 
Tinggalah harta yang dimiliki, dihargai, dinikmati..
Pulanglah yang tersayang, yang disayangi
Tiada orang mengiringi lagi, kembalilah bersendiri
Di alam yang sunyi dan sepi

Disumbat  insan ke perut bumi, tiada pakaian hanya kain putih
Tiada dinding mewarnai, tiada tilam raja sehari
Datanglah hidangan amal & bakti
Turut dibawa alatan hukuman diri
Tiada dalih boleh mewakili, hanya Diri yang bersendiri

Disana nanti
Terang dan luas kubur membelai diri, Sempit & jeritan dasyat selalu terjadi
bergantung kuat mana iman di hati menerima ujian-ujian dari ilahi

Mati itu kembali...kembali kepada yang suci
Mudah pada yang sentiasa bersih
Tiada kotor pada fikiran,  tiada calar di dalam hati
Insan akan kembali.. menyerah amanah diri
Adakah telah amal menepati, atau leka dibuai duniawi

Tanah perkuburan Islam, Tawau

Misteri awan mendung: Video Snap gambaran wajah-wajah

Sempat juga aku membuat beberapa rakaman video kejadian awan misteri itu.
Inilah antara gambaran yang menarik untuk direnungi..
Taman Tun Dr Ismail, 10.51 pagi hingga 10.53 pagi, 4 Julai 2010

Misteri awan mendung: Perhati wajah-wajah

Teman bertanya siapa di atas sana?
Cuba bertanya aqal, menyoal hati, merujuk iman..
Taman Tun Dr Ismail, 4 julai 2010, 10.51 pagi

Misteri awan mendung: Perhati bentuk kepala naga

Suasana pagi tika itu memang istimewa..
Hati teruja datangnya awan kelam secara tiba-tiba
Gerombolan awan besar itu berada betul di atas kepala
dan membentuk pelbagai wajah & rupa
hanya bagi mereka yang percaya

Taman Tun Dr Ismail, 10.48 pagi, 4 Julai 2010

Tuesday, July 27, 2010

Hairan

Hairan aku melihat manusia...
Rasa diri mulia tapi hina pada pandangan Allah,
Cukup berkata maaf atas dosa merusak maruah,
Berasa diri selamat dgn taubat tak seikhlas mana,
Berpakaian orang takwa tapi iman senipis sutera.

Hairan aku melihat manusia..
Saling membanding siapa yang kaya, siapa yang hina,
Bijak menilai orang tapi diri lemah dan alpa,
Meletak diri di syurga tapi selalu Allah dipersenda.

Hakikatnya kita adalah sama..
Yang membeza hanya iman dan takwa,
Siapa yang lebih mulia di mata Allah
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Ini jalan ku


Aku lalui jalan itu
tanpa soal hanya terima
tiada pertikai hanya percaya

Aku lalui jalan ini 
penuh duka di dada
indah di muka perit di jiwa
hanya sabar & ikhlas aku bawa

Aku akan ke sana..
hanya redha yang aku ada
sendiri tanpa teman & saudara
sunyi tanpa tawa
bicara tanpa suara
menuju cinta kekasihku..Allah

Thursday, July 22, 2010

Pengorbanan hati

Tanya pada diri..
Jauh mana sanggup melangkah menuju jalan Allah?
Kuat mana keinginan mencapai cinta Allah?
Dalam mana keikhlasan mendekati Allah?
Kental mana niat capai redha Allah?

Bertempik seruan "berkorban kerana Allah" tiap ceruk benua, negara dan bangsa,
dalam kumpulan atau gerakan apa saja...
Namun ramai tersungkur langkah mula menuju seribu tangga.
Hati selembut sutera, laungan seperti naga..

Ingatkan diri..
Korban hati tunjuki jauh mana perjalanan
Korban hati tentukan tinggi mana tingkatan iman

Sedarkan diri..
Syurga itu bukan sembarang mudah
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Monday, July 12, 2010

Al Ghaligh

Seribu tahun aku menanti…
Suatu saat di mana aku pasti. 
Ya ilahi, aku bersujud tanpa meminta. 
Aku redha mungkin ini perjalanan qada & qadarku dalam dalam mencari erti kasih meniti taqdir yang belum berhenti selagi bumi masih di paksi. 
Menagih isimnya bernama Al Ghaligh.





Makrifat Hati & Iman 3

Apakah yang manusia cari pada yang sufi
Melihat pada hati yang suci atau atau yang memiliki sifat putih
Sesuatu yang positif atau pun yang simbolik
Mungkin masih ada yang cuba mengenal sifat diri
Kita berbicara tentang sufi…
Jauh menembusi pandangan mata hati
Melihat yang samar atau dari pandangan kata reality
NAUZUBILLAH MIN ZALIK

Kenapa masih ada insan bersifat muluk pada diri tapi berdajal di hati
Atau ini yang dinamakan ahli sufi
Dan yang hanya Allah pertanyakan adakah kamu mengenal diri
Siapa kamu, aku atau diri mu.

Makrifat Hati & Iman 2

Aku menatap diparas jernih air dibawah samar awan
Ya. Ilahi..,Apakah hakikat yang aku tuju atau makrifatMu yang aku ragu
Aku masih berjalan nun ke demensi yang ke lapan dalam lapisan tanah, langit dan air
Namun yang pasti dengan Mu ya Allah aku berteleku
Apakah yang cuba Engkau berikan padaku dan apa yang telah aku dapatkan dari rahmatMu
hanya ar Rahim yang Maha Tahu

Sunday, July 11, 2010

Fushilat:53

Dibalik hati

Dulu sering diidam pasangan hati yang sunyi
Kenal warna isi, sudi menghargai
Tahu menilai adat budi
Lambang kesempurnaan pekerti..

Namun
Cantik dicermin busuk hati mengkeji
Mulut manis berlapis , sombong membasahi
Tuah darah membawa adab jauh sekali mengangkat akhlak
Kenapa keturunan menjadi ukutan
Bukan akhlak yang dipersembahkan?
Indah pakaian pada mata , telajang pada tingkah

Kata sehidup semati, dibiar diri setengah mati
Syair asyik minta dihargai tidak pernah cuba menghargai
Bertahun mengengam sabar,
berbulan memendam rasa..

Muka indah diluar parah hati berdarah di dalam
Kata keji dan hinaan jadi kelaziman
Sudah sering menjadi makanan
Hendak keselesaan tanpa perjuangan
Tamak kemewahan tanpa pengorbanan
Hidup dianggap menjadi banduan
Inginkan kebebasan laungan kebiasaan
Biarlah ia pergi..

Inilah cerita dibalik hati
tertipu jangan bayangan peribadi
terlena jangan kata manis menyusuli
tiada insan baik niat hati jika amalan tiada terbukti
Istana lama

Friday, July 9, 2010

Waktu

Zaman yang berganti
Abad yang berubah.
Masa berdetik mengikut kehendak yang Maha Penentu.
Andai manusia sedar.
Menjalani masa tanpa berlari.
Mencari sesuatu dalam masa.
Melihat waktu tanpa berkelip.
Apa yang tertinggal hanyalah debu-debu waktu.
Mencuri dalam tidur.
Melangkau dalam qada & qadarmu yang bernama makhluk.
Menunggu detik perhitungan tadqir.
Alam yang bernama waktu.


Makrifat Hati & Iman 1





Kalamullah berawal dengan Aliff yang maha berdiri.

Bermula dengan Aliff aku mencari hakikat diriku dimana Allah S.W.T meletakkan.
Aku yang berdiri nun jauh diatas awan lalu merenung jauh ke bumi namun, apa yang mampu keluar dari lidahku hanyalah segala puji untukMu ya ALLAH.
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI

Ya ALLAH, Ujiku dengan segala kepayahan manusiawi ku,
Aku takut ya Allah menatap Lam Aliff Mu Ya Allah
Sekali lagi hambaMu ini Engkau letakkan diantara An Nur dan Ar Rahman

Ujian Allah



Tiap detik hidup adalah ujian, 
pancaindera saksi pasti, 
Bulatkan hati pada amalan, 
lahirkan hati pada iman, 
semoga redha Allah bersama

Thursday, July 8, 2010

Mata misteri?

Inilah yang dilihat di atas awan ketika balik kampung, menghantar emak ke rumah orang kahwin..

Manusia akan terkejut melihat sesuatu kejadian yang luar biasa. 
Kekadang mulut terkedu tidak berkata. Minda tiada kena, terus bertanya-tanya..
Apapun respon yang ada, ucapkanlah 
"Subhanallah!"
Terdapat banyak tanda kebesaran Allah bagi yang mahu percaya..
Batu 25, Tawau, 33.33 petang, 20 Jun 2010
(Sudut yang berbeza)

Wednesday, July 7, 2010

Melihat disebalik jendela awan

Gambaran wajah semasa perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur
Malaysian Airlines, 12.22 Petang, 26 June 2010.

Sabar, Redha & Ikhlas

Sabar itu cerminan iman..Tampak jelas hadir keimanan bila sabar telah bertapak. Tiada iman tanpa sabar, dan hilang sabar bila tiada iman...Bukankah Allah sering menguji keutuhan iman adam dan hawa? Disinilah ikatan hati dapat dilihat, pegangan diri dapat dinilai... Allah sering menjadi teman, atau syaitan telah menjadi rakan. Lihatlah coretan sejarah wali, rasul dan nabi pilihan. Pincang perjuangan mereka tanpa kesabaran.

Sempurna sabar pula bila hadir redha di hati insan. Sabar dengan ujian, dan redha atas kesabaran... Di sini pula nilai pergantungan hati diasak dan diuji.. Rela hati atau berat hati dalam ujian. Semua menjadi neraca pertimbangan.

Kerana itu, siapkan hati menerima ujian. Dan amatlah berat tanpa keikhlasan. Inilah jalan kesempurnaan..Iman itu adalah hasil perjalanan hati. Hati yg sering diuji dengan nilai sabar, redha dan ikhlas.
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Wajah disebalik awan maghrib


Gambaran wajah disebalik awan,
Jambatan Kg. Likas, Kota Kinabalu, 6.30 Petang, 16 Jun 2010

Kepala Naga?

Setiap yang berlaku di muka bumi...

Dari dalam dasar lautan, 
Hidupan  dan tumbuhan mengisi dataran
Sehingga melihat di atas awan
Terdapat tanda kekuasaan Allah

Lihatlah di luar dan dalam dirimu 
Cuba mengerti & hayati maksud dan inti
Agar fikirmu kian suci dan 
Amalmu kian bersih

Gambaran Kepala Naga di awan
Batu 15, Tawau, 4.14 Petang, 20 Jun 2010