Sebahagian hati yang dimiliki manusia
melihat diri lebih baik, atau lebih mulia
Ilmu dan kebolehan selalu dibangga
Diri mengagung darjat, walaupun beralasan hati setia
Orang lain disinggung dan mempersenda
Amanah & tanggungjawab disalahguna
kepentingan diri menjadi yang paling utama
Bagi mereka guna apa saja
Asal hidup senang di dunia
Malang juga, ramai tunduk pada mereka
kerana tunduk pada kuasa, kedudukan & harta
makan gaji, ikut perintah dan pelbagai alasan diterima.
Takut nanti bila mempersoal atau menegur saja
diri & keluarga mereka terkena percikannya.
Teman,
Hati yang baik tidak beralas pada keegoan.
Tidak mempersenda sesama walaupun apa alasan
Tindakan mereka lambangkan ketulusan
Tidak terpaksa, tapi sukarelawan
Selalu mengelak puji-pujian
--
No comments:
Post a Comment