Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Monday, July 7, 2014

Apa yang kau inginkan

Alif yang berdiri

Jika aku di tanya
Apa yang kau ingin kan
Maka aku jawab tiada
Tidak kah dunia ini yg kau sujud
Maka jawabku tidak
Apa yang kau mahu kan
Tiada apa yang aku mahu kan
Ikhlas dalam ujian
Redha mu adalah ujian
Sabar mu adalah ujian
Dunia hanya permainan mata dan qalbu
Yang selebihnya hanyalah illusi
Kematian yang semakin hampir
Dan darinya aku datang
Kepadanya jua aku di kembalikan
Aku tidak memiliki
Kerana dunia cuma permainan minda
Nafsu yang bertakhta
Realiti hanya lah syurga dan neraka
Pilih antara satu
Tetap kekal kau dan aku di sana
Apa yang aku ada
Hanya tanah kubur yang sepi
Aku ikhlas pada yang datang
Aku ikhlas pada yang pergi
Apa pun yang kau dan aku lakukan
Apa pun yang kau dan aku ada
Tetap kembalinya menjadi yang baharu
Jika kau mengenal aku
Maka kau akan kenal siapa diri mu
Kerana diri mu adalah aku
Kemana kita bersama
Ibarat Nyawa dan roh yang bersatu
Hanya jasad sebagai pemisah
Seperti kata pepatah rambut sama hitam
Akan tetapi hati berlainan
Apa kehendak mu
Pasti itu juga yang aku mahu kan
Tapi aku tinggalkan
Kerana yang pasti
Keikhlasan yang ALLAH mahukan
Pasti kau kecewa
Jawapan ku tidak seperti yang kau harapkan
Kita adalah sama
tiada yang kekal abadi
Semua yang kau genggam
Hanya sekadar ujian hati
Adakah kau kenyang hanya melihat
Atau kau ingin  meratah sepenuh jiwa mu
Lalu apa yang kau rasa
kenyang atau sentiasa lapar dan dahaga
Kau ingin membakar diri
mencari pasti syurga dunia
Tapi nafsu tidak pernah akan merasa
Kerana segalanya hanya bisikan bisikan durjana
Tapi yang pasti kau dan aku akan binasa
Pada yang bernama dan bernyawa
Kerana itulah penamat cerita
Sebelum bermula abad yang kala...

No comments:

Post a Comment