Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Thursday, August 5, 2010

Kalau kita sama-sama fikirkan...





Semalaman merendam kaki yang sakit di rumah..Hanya bila matahari di atas langit, aku memujuk diri ke klinik. Doktor kata sakit urat di kaki kiri kerana pergerakan fisikal yang berat.. Kebetulan selama dua minggu berlatih sempena kejohanan sukan kebangsaaan syarikat di Johor Bahru. Sakit di pergelangan kaki kiri ketika berjogging datang kembali. Alhamdulillah, diberi Allah kelegaan setelah memakan ubat pil yang diberi. Dalam hati, ini hanyalah sebab, dan bukan penyebab kesembuhan. Akal kena selalu diingatkan agar kita diatas landasan.

Petang itu, aku gagahi diri ke masjid berdekatan sambil jemaah Asar memandang hairan dengan cara aku berjalan...Setelah solat, aku dekati beranda kosong di tepian sungai Petagas sambil membawa kamera yang baru dibeli tiga hari lalu..mengharapkan sesuatu yang misteri akan ku lihat seperti sebelum ini. 

Sambil duduk memandang deruan air sungai, aku sebut Asma Allah..Memang luar biasa! 
Subhanallahi Wabihamdihi!! Air sungai seolah bertukar arus, berkocak riang. Kilauan cahaya air tidak seperti biasa, dan tanpa leka aku merakam gambar-gambar luar biasa ini...

Cuba perhatikan setiap satu kiasan wajah di atas air (bahagian atas sebelah kiri)
Kiasan gambar wajah-wajah di air
Kg Muhibbah, Taman Jumbo, 4 Ogos 2010, 5.10 petang

Ada hikmah yang Allah beri dalam setiap perkara.. Cubalah tanya iman, buka hati dan minda.. Agar kita sama-sama menerima, percaya dan menghargai setiap anugerah. Terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah  mengingatkan kita akan amanah yang diberi perlu dilaksana dan dijaga. 

Kalaulah kita dapat sama-sama fikirkan

Alghaligh

No comments:

Post a Comment