Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Monday, August 30, 2010

Perjalanan diri 3

Kini,
Sinar mentari hiasi kamar
Dibalik impian rimba batu
Perantau kota dakapi ramadhan
Bersatu tekad, genggam impian
Tiada lain, hanya yang Satu

--
alghaligh

Thursday, August 26, 2010

Tomorrow is the day

Tomorrow never late knocking our eyes for us to wonder the beauty of what the future could give to us..
'alghaligh'

Wednesday, August 25, 2010

Perjalanan diri 2

Tika ini,
dunia seolah terhenti
sayu berbisik mengimbas waktu..
lelahku dakap menjejak diri
jatuh bangun memburu erti
tercabar pasrah kenali hati
hanya sunyi bisa menemani

-- 
Sent from my mobile device

alghaligh

Friday, August 20, 2010

Sepasang mata di atas pelanggi

12 Ogos 2010, 6.18 petang, Taman Jumbo, Petagas.

Pada hari kedua Ramadhan yang lalu, 
aku menjenguk diluar rumah ketika hujan merintik diatas tanah.
Kelihatan sepasang mata di atas pelanggi..Subhanallah..

Thursday, August 19, 2010

Kesempurnaan Ramadhan

Lengkapkanlah juadah Ramadhan dengan 3 perkara; 
Berpuasa zahir & batin seluruh anggota, 
Menunaikan solat wajib dan sunat siang serta malamnya,
juga Tadarrus Al-Quran mengisi ruang masa.

Tiadalah kesempunaan tanpa ikhlas dalam beribadah
Tiada datang ikhlas bila kita tidak berusaha
Carilah pertemuan diantara kedua-duanya

Semoga Allah beri keampunan, rahmat & keberkatan kepada kita semua

Sunday, August 15, 2010

Perjalanan diri 1

Saat ini,
Terbayang keluargaku,
Riak wajah redup sayu,
Irama getar sebak syahdu,
Gerak kiasan rindu.
Ku menongkah redha jalani hati,
Tinggallah kesenangan diri,
Pasrah iringi destinasi
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Wajah memerhati di langit biru

Telah jadi kebiasaan untuk aku melihat mendongak ke awan, cuba melihat apa yang yang akan dipertunjukkan kepadaku.Subhanallah! Pada 5 Ogos lalu, semasa mendekati masjid negeri Sabah untuk menunaikan solat maghrib, aku mengambil beberapa gambar awan dari jam 6.20 petang hingga kira-kira 6.30 petang.Yang menarik perhatianku adalah formasi awan yang membentuk wajah-wajah di langit biru. Inilah antara gambar-gambar tersebut untuk dikongsi bersama agar kita lebih menghayati keagungan Allah disebalik kejadian alam ini.
Perhati wajah serius ditengah
Perhati wajah yang tersenyum

Formasi wajah terbentuk
Perhati mata yang memerhati
(kesemua gambar original di sebelah kiri)
Sesungguhnya Allahlah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Friday, August 13, 2010

What is a book?

A book is
Nothing but colored ink printed into layers of papers to those who don't appreciated it..
Answers for the question papers for those who don't learn..
The food for the hungry mind for those who consumes it..
A guide for life for the noble one..
The source of 'light' for those who sees through it..the humble man of Allah


Alghaligh

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 1 Pembukaan

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam.
1 Ramadhan memberi kenangan manis kerana keinginan menghasilkan buku yang bertahun terpendam akhirnya terzahir di hadapan mata . Buku bertajuk As' Suffi,  Jalan Hati & Iman Ke Arah Kesempurnaan, padat dengan pengalaman luar biasa, sajak dan nukilan ilmu 
dalam perjalanan mengetuk pintu mengenal diri menuju Allah.

Setiap orang punya rahsia yang hanya Allah dan diri sendiri disimpan terjaga. Ada rahsia diceritakan buat keluarga, dan sebahagian lagi diceritakan buat semua, teman & saudara dalam sebuah buku buat panduan aqal dan minda agar kita lebih mengerti, dan menghayati kebesaran Allah.

Tempahlah hadiah terhad ini melalui alghaligh@gmail.com sekarang. 
Diharap sedikit sumbangan ilmu sentiasa mendapat redha Allah.

Monday, August 9, 2010

Rahmat Allah

Sesungguhnya Allah Maha pengasih & Maha Penyayang
Mendengar rintihan sepanjang 10 tahun perjalanan..
Dia yang sentiasa menguji siapa yang ikhlas dalam pencarian,
sabar dalam ujian, redha dengan pengorbanan
Hamba-hambaNya yang sentiasa mencari jalan pulang

Telah 3 bulan  Allah tunjukkan Kekuasaan
Dibukakan hijab diri  menyaksi makhluk di sekeliling alam
Diperkenalkan penghuni kerajaanNya yang sentiasa tunduk dibawah kebesaran
Segala makhluk yang memenuhi langit, lautan & dataran
Ketika manusia biasa amat mustahil  melakukan

Perjalanan ini..
amat perit bagi yang memahami, sedih bagi yang menghargai, pilu bagi yang memerhati,
Tetapi bagi mereka yg empati berilmu di hati nurani
Inilah rahmat Allah kepada mereka yang ikhlas dalam mencari

Pengalaman ini..
 Bukan untuk  persembahan, tidak wajar dipertontonkan untuk menjadi kebanggaan
Tapi pengalaman diri perlu dikongsi
Agar manusia memperteguh iman,  Ikhlaskan amalan, cantikkan perbuatan
Tiba masa manusia membuka minda dan fikiran, mengukuh hati & iman
Agar lebih teguh kepercayaan 
Terhadap Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
Dia yang Maha Kaya, Maha Berkuasa keatas hamba-hambaNya

Namun malang..
Dikala segala kebesaran dan keagunggan Allah ditunjukkan
Terdengar sinis..’semua itu perkara kebiasaan, tiada keistimewaan’
Pernahkan mereka bertanya diri..
hanya manusia & jinkah yang memenuhi bumi?
Ataukah pernah mereka berfikir..
Bukankah kerajaan Allah itu Maha Kaya, Maha Besar, Maha Agung
Allah juga mencipta makhluk mulia yang mentadbir alam..
Dan hanya Allah berhak memilih siapa yang Dia ingin perkenalkan
Agar manusia dapat menyaksi Kerajaan Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang penting kita menghargai, menghayati nikmat keimanan

Namun malang..
Mereka terus berfikir sinis & melihat kritis, bersifat egois
Amat suka mengkritik, tapi tidak pernah diri suka dikritik
Melempar jauh ilmu yang dikongsi, anggap telah sempurna peribadi
Bicara Iman hanya di bibir, mujahadah berharian tapi kosong pada fikiran
cantik pada luaran, rapuh isi dalaman, 
Mengagung hadith lebih dari Al-quran
Sanggup pula mengatakan diri ini telah terpesong pemikiran

Tidakkah mereka pernah berfikir..
Allah hanya menilai tahap mana ikhlas, sabar & redha diri
Tidakkah mereka pernah bertanya ..
Telah tertunaikan amanah yang diberi?
Telah sempurnakah keadaan hati?
Adakah diri sudah mengerti ?
Adakah telah mencapai kenal diri?

Terpulanglah kepada manusia untuk berfikir..

Sunday, August 8, 2010

Sama-sama kita buka minda

..bukalah minda untuk melihat kebesaran Allah
Petagas, Kota Kinabalu, Sabah 7 Ogos 2010, 7.22 malam

Hati yang redha 1




Hujung hakikat pencari ilahi
Meniti adab membongkar hati
Tawar dunia genggam hakiki
Anugerah qalbu niat nan suci

Pakaian ikhlas menggalas sabar
berteduh redha, rela bersandar
Susuri rasa meredah tegar
Hampiri kenal membuka sedar

Makhluk Allah yang memenuhi bumi

Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana telah membuka penglihatanku untuk menyaksikan beberapa gambaran luar biasa di langit & di air sebelum ini. Teringin juga untuk melihat apa yang bakal ditunjukkan bila mengambil gambar ketika malam.

Pesan orang tua-tua, jangan biarkan anak-anak bermain luar rumah, terutama bila masuk waktu malam. Selesai solat, inilah beberapa gambar yang dapat dikongsi buat mengukuhkan penyaksian iman kita terhadap makhluk-makhluk ghaib yang banyak melata di sekeliling kita.
Di kawasan luar Kg Muhibbah, Petagas, 7 ogos 2010, 7.22 mlm - 8.58 mlm
Perhatikan rupa di balik bulatan-bulatan putih
Mereka juga turut bersama ketika anak-anak bermain ketika malam (Lihat bulatan putih sekitar gambar)
Anak-anak penuh wajah gembira (Lihat bulatan putih sekitar gambar)
Aku fokuskan camera pada sebatang pokok di luar masjid. Di tempat ini biasanya mereka bertenggek 
(Lihat bulatan putih sekitar gambar)
Boleh diperhatikan beberapa wajah yang merenung dari luar jendela masjid. 
Mereka hanya mampu melihat dari luar..

Saturday, August 7, 2010

Senyuman di balik air

Setelah solat maghrib, aku mendekati kolam air Masjid Negeri Sabah. Bukan untuk mengambil wudhuk, tapi cuba melihat apa yang akan terjadi bila aku cuba menyebut beberapa asma Allah.
Subhanallah! bila aku perhati melalui laptop, inilah yang boleh dikongsi.
Perhati baik-baik kocakan air yang membentuk wajah.
Masjid Negeri Sabah, 5 Ogos 2010, 7.27 malam

Friday, August 6, 2010

Kiasan Wajah di balik sungai

Dikongsi beberapa lagi gambaran wajah di atas kiasan cahaya mentari di atas air setelah aku menyebut asma Allah yang suci, dan Dialah yang berkuasa untuk memperlihatkan tiap-tiap sesuatu.
Perhatikan wajah di bahagian atas kiri gambar-gambar di bawah..
Sungai Petagas, 4 Ogos 2010, 5.03 petang

Gambaran di balik awan di luar masjid

Sebelum aku ke beranda ditepian sungai, inilah wajah-wajah yang sempat aku rakamkan buat tatapan semua. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk memperlihatkan sesuatu yang tersembunyi..
Masjid Kg Muhibbah, Taman Jumbo 4 Ogos 2010, 4.48 p.m

Thursday, August 5, 2010

Kalau kita sama-sama fikirkan...





Semalaman merendam kaki yang sakit di rumah..Hanya bila matahari di atas langit, aku memujuk diri ke klinik. Doktor kata sakit urat di kaki kiri kerana pergerakan fisikal yang berat.. Kebetulan selama dua minggu berlatih sempena kejohanan sukan kebangsaaan syarikat di Johor Bahru. Sakit di pergelangan kaki kiri ketika berjogging datang kembali. Alhamdulillah, diberi Allah kelegaan setelah memakan ubat pil yang diberi. Dalam hati, ini hanyalah sebab, dan bukan penyebab kesembuhan. Akal kena selalu diingatkan agar kita diatas landasan.

Petang itu, aku gagahi diri ke masjid berdekatan sambil jemaah Asar memandang hairan dengan cara aku berjalan...Setelah solat, aku dekati beranda kosong di tepian sungai Petagas sambil membawa kamera yang baru dibeli tiga hari lalu..mengharapkan sesuatu yang misteri akan ku lihat seperti sebelum ini. 

Sambil duduk memandang deruan air sungai, aku sebut Asma Allah..Memang luar biasa! 
Subhanallahi Wabihamdihi!! Air sungai seolah bertukar arus, berkocak riang. Kilauan cahaya air tidak seperti biasa, dan tanpa leka aku merakam gambar-gambar luar biasa ini...

Cuba perhatikan setiap satu kiasan wajah di atas air (bahagian atas sebelah kiri)
Kiasan gambar wajah-wajah di air
Kg Muhibbah, Taman Jumbo, 4 Ogos 2010, 5.10 petang

Ada hikmah yang Allah beri dalam setiap perkara.. Cubalah tanya iman, buka hati dan minda.. Agar kita sama-sama menerima, percaya dan menghargai setiap anugerah. Terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah  mengingatkan kita akan amanah yang diberi perlu dilaksana dan dijaga. 

Kalaulah kita dapat sama-sama fikirkan

Alghaligh

Monday, August 2, 2010

Perjalanan hati


Allah sentiasa menguji iman sekuat mana ingin mengejar cinta suciNya..
Sejauh mana kita ingin dekat kepadaNya
Sejauh mana pengorbanan kita mengorbankan cinta dunia..

Perkara ini mudah pada kata, tetapi sakit pada rasa
Tidak mudah bila tiada sabar, ikhlas & redha
Sabar pada ujian, ikhlas pada amalan, redha kepada tuhan
Berpakaianlah dengan sabar, berfikiran dengan ikhlas, redhalah dalam perjalanan

Jangan pula sengaja korban diri kerana Allah saja akan menguji
Dia menilai atas apa yang paling manusia dicintai, dunia fana atau alam yang hakiki
UjianNya hanya pada hamba yang memilih dan terpilih..
Hamba yang sudah mengerti maksud diri, tujuan hati
Biasanya manusia akan salah erti, dikatakan kita merosak diri
Padahal hanya Allahlah tujuan diri, tempat kembali
Dia yang tidak akan musnah disisi

Usah faham di lautan kata, alunan ombak suara
Tapi selamlah di dasar makna dan rasa
Agar bahasa sama difahami, pesan dapat dihargai,
Buat kita yang masih mencari

Alghaligh

Bentuk tubuh di langit


Johor Bahru, 25 Julai 2010, 8.29 pagi

Misteri awan mendung: Perhati & Fikirkan

Taman Tun Dr Ismail, 4 Julai 2010, 10.51 pagi

Awan membentuk dua kepala naga


Bagaimana awan dapat membentuk dua kepala naga?
Johor Bahru, 25 Julai 2010, 8.17 pagi