Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Tuesday, December 28, 2010

Apa yang kau mahu, apa yang Allah mahukan

Kenapalah dunia ni makin sempit.
Manusia semakin hilang haluan.
Apakah waktu yg Allah janjikan sudah ditahap maksimanya.
Kasihan aku memandang manusia.
Terus tenggelam dalam sifat angkuh dan jahilnya.
Ego tanpa batasan.
Rakus dengan kenafsuannya.

Ada yang mengatakan dia beriman tapi hanya untuk tatapan bukan pada hati.
Ada yang hidup demi duniawi harta dan kekayaan jadi santapan ukuran.
Tanpa dia sedari kan itu semua adalah milik Allah.
Hanya pinjaman sementara buat ujian tapi alpa sentiasa diminda.
Nafsu menutup hati sehingga leka menguasai akalnya.
Apakah manusia ini sentiasa Allah lalaikan pada harta dunia nyawanya disandarkan

Biarlah aku ini hanya pemerhati.
Pada yang hidup dan matinya keranamu ya Allah maka dunianya akhirat dan jiwanya taqwa.
Dan kepada yg ariff berfikir bijak berkata renung pada hati.
Siapa pemberi apa yang dimiliki dan yang maha berhak memiliki.
Tiada yang empunya melainkan semua kepunyaannya.
Allahu Rabbul Alamin.
Menara Masjid Jamek, Kuala Lumpur, 24 Oktober 2010, 12.47 Tengahari

Wednesday, December 22, 2010

Meniti waktu

Mungkin masa yang kau kejar
Mungkin juga masa yang kau tinggalkan
Mungkin yang berulang kembali berulang
Mungkin juga bila tiba saat
Saat untuk bersendirian
Bertafakur atau bertawadhuk
Melalui yang sama di setiap perjalanan
Memerhati di setiap laluan
Atau rasa bosan pada sebuah kehidupan
Atau rasa itu sesuatu yang hilang
Atau rasa itu sudah tidak wujud lagi..


Thursday, December 2, 2010

Bisikan Hati

Berjalan tanpa arah 
Mencari titik tuju 
Lalu aku bertanya mahu kemana arah mu hai makhluk ALLAH..? 
Takut menerjah dibenak fikiranmu 
Hanya kalimah zikrullah bermain di lidah 
Izinkan aku mengenalmu yg ALLAH 
Kata2 seorang hamba yang lahir fitrahnya daif.. 
Tapi bisikan hati terlalu hampir 

Lalu ke mana langkah ku..? 
Pastikah arah mu wahai makhluk ALLAH? 
Carilah di seluruh pelusuk alam ini 
Tapi apa yang kau temui hanyalah dirimu, dirimu dan dirimu 

Aku lagi tersenyum ujian baru bermula 
Aku hanya bertanya.. 
Jawapan ada pada dirimu. 
Kenapa tidak kau tanyakan pada hati mu! 
Kenapa terlalu jauh kau mengejar 

Kata firasat mu terlalu tinggi tapi falsafahmu menjunam ke bumi 
Aku hanya ketawa.. 
Mana mampu kau memikul beban dunia sedangkan kudratmu hanya sejengkal 
Apa yang kau sangkal itu yang kau kejar 
Kenapalah egoismu mengatasi fikir sehingga kau terlupa kenal dirimu 

Hai..! Manusia ni rupanya dia tidak kenal makna jemu.. 
Sekuat kakinya menghayun langkah. 
Mendengar bisikan bathinnya, 
hatiku untukmu ya ALLAH! 
Hidup dan matiku untukmu ya ALLAH! 
Carilah ALLAH sehingga ke penghujung persada langit 
Langit yang mana? 
Bisakah mindamu mengatasi akalmu. 
Seru pada dirimu tanya pendapat hatimu.


Misteri Rahsia Awan
Taman Berkeley, Tawau, Sabah, 13 September 2010, 5.56 petang

Friday, November 26, 2010

Syaitan di Kalangan Manusia?

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” [Yasin 36:60]
Kita sering membaca surah yasin, terutamanya ketika malam Jumaat. Ayat di atas pernah terlintas di fikiran apa yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. Gambar Luar Biasa yang bakal dikongsi mungkin menjelaskan maksud 'nyata' di dalam ayat tersebut. Nyata benar dari pandangan hambaNya yang ingin diperlihatkan. Perhati rupa sebenar disebalik wajah manusia..
Manusia bersifat syaitan?
Stesen Komuter, KL Central, 12 Nov 2010, 8.02 malam
Syaitan di kalangan manusia?
Stesen Komuter, KL Central, 12 Nov 2010, 8.00 malam
Atau inikah bayangan lembaga syaitan?
Perhatikan lembaga berwarna merah & hijau di bahagian tengah gambar
Stesen Komuter, KL Central, 12 Nov 2010, 8.00 malam

Gambar ditunjukkan sekadar buat pengajaran buat diri sendiri dan orang lain. Tanya diri..Adakah telah bersih dari sifat-sifat syaitan di dalam diri? Adakah diri tergolong sebagai munafik? Masih terselubungkah hati dengan sifat tamak, riak, ujub, takabbur, kedekut dan bangga diri? Masih sombongkah kita dihadapan Allah berani untuk tidak tunduk & sujud kepadaNya? Jawablah wahai iman dan hati..

Di penghujung waktu

Di atas awan , 27 Ogos 2010, 6.45 petang

Ini kisah peradaban manusia,
Sekali hancur sekali berganti,
Pusingan waktu mengatur pusingan dunia..

Jiwamu teruji,
Tekad memilih haq atau batil,
Hati di langit bertanjak duniawi,
Masa dalam waktu berkunjung pasti,

Mana redhamu sembunyi?
Nafsumu membakar diri,
Aqal terkunci mati,
Letak ikhlas dihujung dunia,
Sabar serapuh kaca..
Aduhai,
pasrah kan kunjung tiba

Lembaga berjanggut di langit?

24 Oktober 2010 lalu, aku berkunjung ke Jalan Masjid India. Telah banyak yang berubah sejak 10 tahun lalu. Tempat ini dulu sering menjadi tempat tumpuan budak 'U' membeli-belah. Kemudian aku melangkah menuju ke Masjid Jamek yang dibangunkan sejak 1908 lalu. Terasa senang hati ketika berada di situ. Sambil menunggu masuk waktu solat, aku melihat keadaan langit di atas. Ini antara beberapa gambar yang boleh dikongsi (Enhance shadowed pictured)
Lembaga berjanggut dan bertongkat di langit
Masjid Jamek, 12.37 petang, 24 Oktober 2010

Aku perhatikan awan itu bergerak dan membentuk tubuh yang lebih besar selepas 3 minit berlalu..
Lembaga berjanggut dan bertongkat di langit 2
Masjid Jamek, 12.40 petang, 24 Oktober 2010

Kelihatan ia seperti ingin beransur pergi, dan kumpulan awan itu berpisah. Sesungguhnya terhadap pengajaran terhadap setiap perkara yang berlalu di dunia ini bargi mereka yang ingin merenung dan berfikir

Korban Hijrah

Setiap bait ayat
Pada diri terkasima naluri
Indah pada jiwa
Tersentuh wajah pada nur mu
Setiap lafaz ayatmu
Ada getaran pada hati mu
Pada langkah ada fikir
Sekali langkah jangan ada fikir
Bertempat pada waktu
Menanti yang berkunjung
Jangan terlihatkan penyesalan diri
Jangan undur biar pada ujian
Pada Allah semua jawapan tertulis indah di Arasy singgahsanamu
Hai! Waktu bilakah aku akan ke situ

Thursday, November 11, 2010

Haruman wali 6

Hidup ini misteri
Indah pada pandangan mata namun kosong pada jiwa
Merenung pada wajah hati
Jauh tidak dapat didekati
Mengapa sukar mencari redha!
Sedang diri dalam kekeliruan hanya termanggu,
bisu tanpa erti
Jiwa yang hancur namun redha jauh sekali
Kasihan aku melihat dirimu..
Menyelak di sebalik awan
31 Julai 2010, 6.40 petang, Tmn Jumbo, Kota Kinabalu

Haruman wali 5

Mencari rahmat dalam erti
Menatap redha Allah dalam sepi
Melangkah ikhlas tanpa menoleh
Aku yang hadir berulang dari masa
Menjejak waktu tanpa berpijak ke bumi
Lalu apa yang aku temukan hanya iftitah sabar
Sehingga terpisah jasad dan jiwa..
Namun redha Mu pasrahku

Monday, November 8, 2010

Haruman wali 4

Kita berbicara tentang kehidupan
Iman dan amalan tiada di persoalkan
Amanah dan keikhlasan bukan tajuk perbualan
Kemewahan dan kehebatan sentiasa jadi perdebatan
Apakah kita sudah lupa?
Tiap-tiap kehidupan pasti menemui kematian
Tidak kah kita takut apabila di bicara dan di nilai di sisi tuhan…
Lalu apa yang jadi bekalan?
Siapakah teman?
Dimana kemewahan yang kau banggakan?
Hanya amalan dan keikhlasan hati yang menjadi pertanyaan.
Awan simbolik
Kerinchi, 29 Ogos 2010, 5.31 petang

Saturday, November 6, 2010

Haruman wali 3

Seribu tahun berlalu
Waktu yang berlalu pasti mencari
Dunia berulang kembali dan mati sekali lagi
Hidup sendirian tanpa teman..
Tidak mengapa! Ini Cuma ujian tuhan mencuba diriku menempuh dugaan
Tapi aku yakin pada Mu Tuhan
Ujian dan cubaan yang di turunkan aku tempuhi dengan tenang
Walau lautan membadai akan aku tenangkan
Kerana hidup dan mati ku hanya untuk mu ya khaliq pencipta sekalian alam
Gambaran awan bermakna
Jalan Apas, Tawau, 12 Sept 2010, 5.23 petang

Friday, November 5, 2010

Haruman wali 2

Akan ada suatu ketika
Aku hanya akan melihat tanpa memandang
Kehancuran tanpa sempadan
Berdiam kerana itu sudah perjanjian
Tidak akan berulang pertanyaan
Sedangkan peringatan telah diberikan
Segala rahsia tuhan kadang cuba aku bongkarkan
Tapi manusia sikap sombong dalam keangkuhan sentiasa merasa diri lebih hebat dari tuhan
Ternyata sewaktu masa telah habis diberikan
Mampukah jin atau khadam mu melawan kudrat tuhan
Matahari terbenam @ Tg. Lipat, Kota Kinabalu

Haruman wali 1

Aku ini hanya pemerhati
Bukan penguasa langit & bumi
Hanya sekadar singgah melihat manusia yang sentiasa dlm keadaan rugi
Telah Allah tetapkan di dalam Alquran
Allah sebutkan ‘Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian’
Kenapa tidak kita huraikan sedikit tauladan buat panduan
Kebinasaan demi kebinasaan Allah turunkan
Pada manusia zaman berzaman..
Adakah kejahilan untuk mengenal tuhan sebab kehancuran
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Kenapa tidak kau jadikan amal beralaskan iman dan Iman berlandaskan hati..
Jangan hidup berteraskan dunia kerana akhirat itu suatu yang pasti
Matahari terbenam @ Tg lipat, Kota Kinabalu

Friday, October 29, 2010

Kebenaran

Akan wujud sebuah dunia.
Alaf baru akan muncul.
Antara bersedia atau tidak yang hadir pasti berkunjung.
Waktu dan hari akan terhenti hanya sunyi melihat kenapa jadi begini?
Apakah telah bermula takdir ilahi melihat dunia akan berakhir begini?
Tapi ini perancangan Allah
Waktu dan hari terhenti bukan bererti mati atau kiamat terjadi..
Hanya suatu yang manusia tidak terfikir atau sentiasa mengatakan semua itu khurafat dan pembohongan semata-mata untuk menyedapkan hati.
Namun nun jauh di dasar sanubari apakah benar ini semua akan terjadi.
Aku ini hanya pemerhati menjawab pada yang sudi
Bukan bererti aku ini ahli sufi jauh sekali peramal atau penilik nasib
Tapi gambaran sebegini telah aku lintasi..
Percaya atau tidak terpulang pd waktu dan hari
Kerana manusia sentiasa lalai dalam melihat
Apa yang hadir pasti akan singgah kerana itu sudah perjalanan dunia

Tuesday, October 26, 2010

Beri pesan pada teman 3

Dalam hidup ada seperkara yg manusia susah atau enggan menerima tentang hakikat. Sudah Allah gariskan jodoh manusia itu akan berakhir samada dia hidup atau mati tapi masih ada yang mengharap dengan berbaik semula akan kembali seperti dulu, inilah manusia yang tidak mengenal dirinya.

Menunggu pada bukan yang diberikan lagi buat dirinya kerana masa yang Allah beri pada dirinya di habiskan dengan nafsu kesombongan. Dan selalu mencabar ujian yang Allah beri dengan kemegahan dan akhirnya dia tersungkur mengharapkan belas kasihan.

Seandainya manusia itu boleh redha dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan, maka Allah juga akan redha pada dirinya.

Munajat hati

Nilai bunga harum wangian,
Cantik wajah bila berseri,
Harga dunia pada ujian,
Berserah hidup pada Ilahi,

Ya Allah, lindungi hati ini..

Bak tenangnya jiwa As Siddiq,
Umpama kentalnya tekad Al-Khattab,
Seperti ikhlasnya jiwa Ustman,
Bagai dalamnya hikmah Ali

kepada Mu aku bermunajat..
Cahaya menuju ke langit
6 Ogos 2010, 3.14 petang, Kota Kinabalu, Sabah
Lens Camera aku dapat merakamkan perjalanan cahaya ini pada petang itu. Hanya Allah yang Maha Mengatur sesuatu kejadian.

Wednesday, October 20, 2010

Learn & Adopt

Learn at least one positive value from each person that you know.
Inculcate these good values and leave behind the negative attitudes

Alghaligh

Gambaran awan misteri di Tawau

Jam menunjukkan 2.30 petang ketika aku pulang dari melawat rumah pakcik di Kg. Pasir Putih Tawau, 15 September 2010 yang lalu. Aku perhatikan keadaan awan di langit perkampungan ini agak misteri kerana terdapat beberapa gambaran bentuk yang agak berbeza daripada koleksi Gambar Luar Biasa sebelum ini.Inilah antara yang boleh dikongsi..
 Perhati bentuk awan di bahagian atas dan bahagian bawah gambar
 Gambaran awan dibawah diambil sekitar Jalan Utara, Tawau Sabah selepas keluar dari kawasan kampung Pasir Putih. Antara wajah-wajah awan yang boleh diperhatikan dengan mata kasar kita.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan panduan kepada kita..amin ya Allah

Hakikat Insan

Kau sentiasa dalam dilema. 
Antara Ya! Atau Tidak. Meragui apa yang Allah beri. 
Berprasangka pada hati sendiri. 
Apa yg mengejar di fikiran mu. 
Sehingga akal jadi permainan. 
Namun kau takut pada ikrar, Allah kalungkan kenapa kau cuba leraikan. 
Inilah makhluk bernama insan. 
Kesabaran bukan lagi benteng iman. 
Merenung redha jauh sekali dipertimbangkan. 
Mencari hikmah bukan lagi pilihan utama. 
Hanya nafsu yg menguasai minda.

Pandangan diri

Jika berdiam itu lebih baik daripada berkata-kata. 
Maka aku memilih utk membisu.

Jika berkata-kata itu lebih banyak berbohong. 
Maka aku memilih utk memerhati.

Dan aku lebih memilih apa pandangan Allah pada diriku, daripada apa pandangan manusia pada aku.
Kerana pada ku Allah S.W.T lebih berhak pada tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, October 19, 2010

Beri pesan pada teman 2

Kasih sayang Allah datang dalam keadaan yang sukar untuk difahami manusia. Inilah yang dinamakan ujian hati. Cuba tanya diri di mana kita ingin letakkan hati itu...Apa yang lebih penting adalah muhasabah diri sedalam-dalamnya terhadap apa telah dilakukan sebelum ini, mengambil hikmah yang Allah ingin berikan.
Allah yg Maha Berkuasa terhadap makhlukNya..dan hamba tiada daya upaya sedikit pun..  

Friday, October 15, 2010

Beri pesan pada teman

Allah sentiasa menyeru hambaNya untuk bersungguh bertaubat, hingga keinsafan lahir dalam hati, fikiran dan tindakan. Sinar mata terlihat padamnya api gejolak nafsu dengan percikan iman. Tika itu, bermula pencarian si hamba..
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Wednesday, September 29, 2010

Putaran dunia

Bermacam hal berlaku dalam satu saat. Allah yg lebih mengetahuinya.
Tugas manusia untuk melaluinya, tiada yang terlewat dan yang terlepas dari pandangan mata Allah. 
Dia yg tiada tidur tiada berkehendak kepada dunia. 
Subhanallah wabihamdihi.

Jalan-jalan hidup

Kadang-kadang dalam hidup ini Allah beri kira sepuluh jalan, 
Tapi yang sentiasa kita temui hanya satu dan berselekoh..
Untuk meluruskan jalan yang berselekoh itu perlukan masa dna tenaga 
Dan apabila telah lurus jalan tersebut maka kita tempuhi untuk sampai ke penghujungnya 

Tuesday, September 28, 2010

Bayangan di malam raya

Pada malam raya ke-2 yang lalu, saya sempat berhari raya bersama keluarga di Kg. Kongsi, Tawau. Sebelum kembali ke rumah, sempat gambar ini diambil.
Cuba lihat secara dekat

9.40 malam, 11 Sept 2010, Kg Kongsi 10, Tawau, Sabah
Allah yang Maha Esa Maha Berkuasa terhadap setiap mahluk yang dijadikan.

Tuesday, September 14, 2010

Eid Mubarak!

Kepada semua pembaca setia blog As'Suffi..
Eid Mubarak! Kullu Amin wa antum bi khair! 

Semoga Ibadah Ramadhan diterima & Syawal disinari ceria,
Redha Allah sentiasa bersama, 
Ikhlas dan Sabar sentiasa dibawa
Peribadi kian bersih dari tahun sebelumnya

Selamat Menyambut Syawal 1431 Hijrah. Maaf Zahir & Batin.
Alghaligh 1011

Monday, September 13, 2010

Kalimah Allah di langit

Pada Hari Raya ketiga semalam, rombongan keluarga seperti biasa melawat kubur allayarham ayahanda di Perkuburan Islam Batu 4, Tawau. Dalam perjalanan menuruni tangga bukit, kelihatan jelas kalimah Allah di langit. Kalimah ini boleh dilihat sepanjang dari batu 4 hingga batu 1 Jalan Apas, Tawau.
Kalimah Allah, 
Jalan Apas Tawau, 12 Sep 2010, 5.23 petang
.

Wednesday, September 8, 2010

Sekilas wajah lampu metropolitan

Pada 17 Ramadhan @ 27 Ogos 2010, aku kembali ke Kuala Lumpur. Kembali kerana pernah dulu aku belajar di sini selama 6 tahun. Kini aku berhijrah membina hidup baru di kota yang cepat tumbuh membangun seolah hutan rimba batu. Sahabat lama membawa ku melihat sekitar jalan 'lama' yang pernah dulu menjadi perkampungan pembelajaranku..Jalan Pantai Baharu. Aku sempat mengambil beberapa gambar pada waktu malam ketika itu, dan inilah diantaranya yang perlu sama-sama kita amati.


Wajah disebalik cahaya (11.03 malam, Jalan Pantai Baharu)

Monday, September 6, 2010

Masih diriku

Aku memilih untuk memerhati
Dimana aku berpijak lalu disitu aku bernaung
Lalu aku berbisik pada diri satu persatu..

Apa yang kau mahu?
Menguji pada hati, diri yang terbakar namun cuba juga kau galaskan keikhlasan..
Tapi hati mu tidak seteguh arasynya bisa runtuh kerana nafsumu yang kesumat.

Aku hanya tersenyum!
Akhirnya kau jatuh pada dasar al jahim
Hanya hatimu yang bisa berkata!
Bangun manusia kamu sudah jauh tergadai.

Lalu hati berkata seandainya saja aku memilih tanpa pasrah menanti takdir.
Lantas masih Allah terima diriku.
Jawapan yang hambar tiada erti.

Wednesday, September 1, 2010

Win your mind

A chinese salesman once came to me, trying to convince in investing into unit trust scheme. He's a very talented young consultant who has closed many deals. I let him do his product presentation, and he had done a very good job in simplifying the complicated product. I thank him, and pull him into having chit chat. I told him that if you want to win other people minds, you must win you mind first. The challenge is to believe in yourself, believe in your potentials, believe in what you do before you want others to believe in what you're selling.

Introduction to 'Zero to Hero'

Living a life never gets any easier..

What more to those whose aim for a truthful, meaning life in this ever challenging society. Everybody has had their emotional ride of a lifetime! Few had succeed, many still struggling...

'Zero to Hero' is a new writing label that try to inspire others to keep moving ahead, handling whatever obstacles they're facing in life. I try to offer original ideas possible in this column.

Alas, Allah will always be with those who are patience, persevere and sincere at heart.
Come, and join the journey..

Monday, August 30, 2010

Perjalanan diri 3

Kini,
Sinar mentari hiasi kamar
Dibalik impian rimba batu
Perantau kota dakapi ramadhan
Bersatu tekad, genggam impian
Tiada lain, hanya yang Satu

--
alghaligh

Thursday, August 26, 2010

Tomorrow is the day

Tomorrow never late knocking our eyes for us to wonder the beauty of what the future could give to us..
'alghaligh'

Wednesday, August 25, 2010

Perjalanan diri 2

Tika ini,
dunia seolah terhenti
sayu berbisik mengimbas waktu..
lelahku dakap menjejak diri
jatuh bangun memburu erti
tercabar pasrah kenali hati
hanya sunyi bisa menemani

-- 
Sent from my mobile device

alghaligh

Friday, August 20, 2010

Sepasang mata di atas pelanggi

12 Ogos 2010, 6.18 petang, Taman Jumbo, Petagas.

Pada hari kedua Ramadhan yang lalu, 
aku menjenguk diluar rumah ketika hujan merintik diatas tanah.
Kelihatan sepasang mata di atas pelanggi..Subhanallah..

Thursday, August 19, 2010

Kesempurnaan Ramadhan

Lengkapkanlah juadah Ramadhan dengan 3 perkara; 
Berpuasa zahir & batin seluruh anggota, 
Menunaikan solat wajib dan sunat siang serta malamnya,
juga Tadarrus Al-Quran mengisi ruang masa.

Tiadalah kesempunaan tanpa ikhlas dalam beribadah
Tiada datang ikhlas bila kita tidak berusaha
Carilah pertemuan diantara kedua-duanya

Semoga Allah beri keampunan, rahmat & keberkatan kepada kita semua

Sunday, August 15, 2010

Perjalanan diri 1

Saat ini,
Terbayang keluargaku,
Riak wajah redup sayu,
Irama getar sebak syahdu,
Gerak kiasan rindu.
Ku menongkah redha jalani hati,
Tinggallah kesenangan diri,
Pasrah iringi destinasi
--
Sent from my mobile device
alghaligh

Wajah memerhati di langit biru

Telah jadi kebiasaan untuk aku melihat mendongak ke awan, cuba melihat apa yang yang akan dipertunjukkan kepadaku.Subhanallah! Pada 5 Ogos lalu, semasa mendekati masjid negeri Sabah untuk menunaikan solat maghrib, aku mengambil beberapa gambar awan dari jam 6.20 petang hingga kira-kira 6.30 petang.Yang menarik perhatianku adalah formasi awan yang membentuk wajah-wajah di langit biru. Inilah antara gambar-gambar tersebut untuk dikongsi bersama agar kita lebih menghayati keagungan Allah disebalik kejadian alam ini.
Perhati wajah serius ditengah
Perhati wajah yang tersenyum

Formasi wajah terbentuk
Perhati mata yang memerhati
(kesemua gambar original di sebelah kiri)
Sesungguhnya Allahlah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu

Friday, August 13, 2010

What is a book?

A book is
Nothing but colored ink printed into layers of papers to those who don't appreciated it..
Answers for the question papers for those who don't learn..
The food for the hungry mind for those who consumes it..
A guide for life for the noble one..
The source of 'light' for those who sees through it..the humble man of Allah


Alghaligh

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 1 Pembukaan

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam.
1 Ramadhan memberi kenangan manis kerana keinginan menghasilkan buku yang bertahun terpendam akhirnya terzahir di hadapan mata . Buku bertajuk As' Suffi,  Jalan Hati & Iman Ke Arah Kesempurnaan, padat dengan pengalaman luar biasa, sajak dan nukilan ilmu 
dalam perjalanan mengetuk pintu mengenal diri menuju Allah.

Setiap orang punya rahsia yang hanya Allah dan diri sendiri disimpan terjaga. Ada rahsia diceritakan buat keluarga, dan sebahagian lagi diceritakan buat semua, teman & saudara dalam sebuah buku buat panduan aqal dan minda agar kita lebih mengerti, dan menghayati kebesaran Allah.

Tempahlah hadiah terhad ini melalui alghaligh@gmail.com sekarang. 
Diharap sedikit sumbangan ilmu sentiasa mendapat redha Allah.

Monday, August 9, 2010

Rahmat Allah

Sesungguhnya Allah Maha pengasih & Maha Penyayang
Mendengar rintihan sepanjang 10 tahun perjalanan..
Dia yang sentiasa menguji siapa yang ikhlas dalam pencarian,
sabar dalam ujian, redha dengan pengorbanan
Hamba-hambaNya yang sentiasa mencari jalan pulang

Telah 3 bulan  Allah tunjukkan Kekuasaan
Dibukakan hijab diri  menyaksi makhluk di sekeliling alam
Diperkenalkan penghuni kerajaanNya yang sentiasa tunduk dibawah kebesaran
Segala makhluk yang memenuhi langit, lautan & dataran
Ketika manusia biasa amat mustahil  melakukan

Perjalanan ini..
amat perit bagi yang memahami, sedih bagi yang menghargai, pilu bagi yang memerhati,
Tetapi bagi mereka yg empati berilmu di hati nurani
Inilah rahmat Allah kepada mereka yang ikhlas dalam mencari

Pengalaman ini..
 Bukan untuk  persembahan, tidak wajar dipertontonkan untuk menjadi kebanggaan
Tapi pengalaman diri perlu dikongsi
Agar manusia memperteguh iman,  Ikhlaskan amalan, cantikkan perbuatan
Tiba masa manusia membuka minda dan fikiran, mengukuh hati & iman
Agar lebih teguh kepercayaan 
Terhadap Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang
Dia yang Maha Kaya, Maha Berkuasa keatas hamba-hambaNya

Namun malang..
Dikala segala kebesaran dan keagunggan Allah ditunjukkan
Terdengar sinis..’semua itu perkara kebiasaan, tiada keistimewaan’
Pernahkan mereka bertanya diri..
hanya manusia & jinkah yang memenuhi bumi?
Ataukah pernah mereka berfikir..
Bukankah kerajaan Allah itu Maha Kaya, Maha Besar, Maha Agung
Allah juga mencipta makhluk mulia yang mentadbir alam..
Dan hanya Allah berhak memilih siapa yang Dia ingin perkenalkan
Agar manusia dapat menyaksi Kerajaan Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang penting kita menghargai, menghayati nikmat keimanan

Namun malang..
Mereka terus berfikir sinis & melihat kritis, bersifat egois
Amat suka mengkritik, tapi tidak pernah diri suka dikritik
Melempar jauh ilmu yang dikongsi, anggap telah sempurna peribadi
Bicara Iman hanya di bibir, mujahadah berharian tapi kosong pada fikiran
cantik pada luaran, rapuh isi dalaman, 
Mengagung hadith lebih dari Al-quran
Sanggup pula mengatakan diri ini telah terpesong pemikiran

Tidakkah mereka pernah berfikir..
Allah hanya menilai tahap mana ikhlas, sabar & redha diri
Tidakkah mereka pernah bertanya ..
Telah tertunaikan amanah yang diberi?
Telah sempurnakah keadaan hati?
Adakah diri sudah mengerti ?
Adakah telah mencapai kenal diri?

Terpulanglah kepada manusia untuk berfikir..