Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Tuesday, November 20, 2012

Dunia baru 1434 Hijrah

1 Muharram menyaksikan kedatangan tahun baru di dalam kalender Hijrah. Nilai ketabahan dan kecekalan hati seorang mukmin sentiasa diuji bagi setiap pengorbanan yang dipersembahkan, hanya kepada Allah. Inilah jua antara ujian dan dugaan hebat di dalam sebuah perjalanan menuju Allah.
Hijrah kepada iman yang lebih kukuh, hijrah kepada hati yang baru.
Menanti sebuah kehidupan di zaman akhir.


Tuesday, August 21, 2012

Eid Mubarak 1433H!


Assalamualaikum wrt.
Setiap kali Ramadhan melabuhkan sauhnya, ummat Islam menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Perayaan ini disambut penuh warna-warni dan gilang-gemilang. Bulan kemenangan atas pengorbanan selama sebulan...

Lalu perjalanan Ramadhan yang dilalui seolah mudah dilupakan. Ramadhan hanyalah menguji keikhlasan.. Adakah amalan mengharap imbalan atau penyerahan bertambah terhadap tuhan? Seteguh mana kesabaran terpacak atau ia terlerai di luar Ramadhan? Adakah belenggu dunia semakin bertambah atau ikatan akhirat semakin terurai? Adakah iman telah disinggahsana atau nafsu masih menjadi raja?

Syawal adalah bulan muhasabah, melihat hubungan diri dengan tuhan.
Salam Eidulfitri.Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin sepanjang pertemuan.

--
alghaligh

Friday, July 6, 2012

Madrasah Ulul Azmi

Khat nama ' Madrasah Ulul Azmi'

Bismillahirrahmanirrahim. 
Allah itu Maha Merancang dan Maha Mengetahui. Dia mengatur segala perjalanan hambaNya. Sejauh mana hamba berkelana, sekuat mana perancangan hamba, namun tiada mampu mengubah peraturan Allah.

Madrasah Ulul Azmi sedang dalam perancangan. 
Sebuah idea & usaha kerdil untuk menyumbang segala kemampuan buat anak bangsa. Sebuah madrasah unik dan tersendiri. Cabaran bukan sebarang calang, sederas aliran sungai, sekuat niat juga hendak ke seberang.
Dan dalam perjalanan ini yang sentiasa menjadi dalam ingatan..
'manusia merancang dan hanya Dia menentukan'. 

Al-Ghaligh

Tuesday, June 26, 2012

Sacrifice

Illustration of Karaeng Pattingaloang in Joan Blaeau Atlas (1664)

"Sacrifice will never come from a week-minded person"

Alghaligh 

Sunday, May 27, 2012

Essence


 'knowing without understanding is like knowledge without lessons'

Alghaligh

Friday, May 11, 2012

Siapa kita

Aku ingin bersendiri di kala yang lain berteman.
Berdiam dan berfikir di kala yang lain bergembira..
Ketika ramai yang terlena aku memilih untuk berjaga..
Mencari kesempurnaan diri dalam kesedaran..
Ketika manusia mabuk dalam kehancuran..
Aku hidup dalam sufi dalam sunnah yang tertinggal..
Dalam tika manusia lain tertinggal dalam masa yang tersisa.
Aku meniti jalan yang benar sewaktu manusia hanyut dunia fatmorgana..
Aku terasing dalam diri yang asing..
Di kemuncak waktu di akhir kegemilangan...
Aku hanya sedikit di kalangan yang ramai..
Sewaktu kemunafikan menjadi kegilaan umat mu..

Model cilik

Tuesday, May 8, 2012

Dunia oh dunia


Seandainya aku bisa menunda waktu. 
Demi melihat evolusi abad berabad. 
Tapi dunia sudah terlalu tua. 
Antara mampu atau tidak menanggung beban pada dosa umat akhir zaman. 
Kenapa keliru sedangkan Rasullulah ada bersabda bagaimana umur dunia. 
Pada saat dirimu terlalai mencari dunia sepekan usia. 
Sedangkan yang menghampiri tanpa kau sedar. 
Nanti kau sesal waktu yang terlempar lalu baru kau tersedar rupanya apa yang kau ada tidak mampu menjadi penebus dunia.  

Evolusi atmosfera dunia

Friday, March 23, 2012

Apa yang aku mau..

Apa pandangan manusia pada diriku????
Tapi apa pandangan Allah pada aku..
Pertanyaan tanpa jawapan..
Sehingga aku berfikir apa pandangan Allah pada diriku..
Bagaimana Amalku..? Apa Perbuatanku..? Sifatku.. Akhlakku dan Redha kah diriku sedang Hatiku sentiasa sakit kerana sifat dengkiku..

Apa pandangan manusia pada diriku?
Sedang mereka juga adalah manusia...
Yang sentiasa Kabur.. Khilaf.. Dan Alpa.
Sedang aku ingin yang Sempurna..

Aku menilai diriku sejauh mana aku belajar..
Melihat pada ramai kepada yang satu...
Dan untuk apa pandangan manusia..
Sekadar tuntuan Dunia atau sekadar Nafsu...
Pilih antara yang mana?
Kalau aku bertanya dengan sejuta umat dan sejuta pertanyaan dan sejuta persoalan...

Dan aku hanya memohon hanya kepadaMu Ya Allah..
Hanya pandangan JiwaMu yang bisa menembus jiwa mata hatiku..
Tiada persoalan tanpa jawapan..
Tiada kehidupan tanpa ujian...
Pasti yang bernama aku dan manusia faham..
Jika hidup ini berdasarkan ketentuan..
Sehebat mana manusia berilmu tapi apa pandangan Allah pada dirimu..
Hebatkah dirimu...?

Aku manusia yang lemah tiada daya dan upaya kecuali dengan izinMu..
Kenapa aku berkata tanpa merasa...
Sedang Akal dan Qalbu ku saling berpisah..
Kenapa aku jahil menilai manusia..
Sejuta pandangan manusia..
Akan berubahkah apa yang Allah telah pilih untuk diriku..
Sedang aku hanyut ujian manusia..
Menanti Taqdir yang pastinya tidak akan berubah..
Hanya aku menunggu..
Suatu penentu..
Sepasang mata tajam sedang memerhati
9.39 pagi, 7 Januari 2012

Wednesday, February 15, 2012

Aku yang memilih

Hidup sudah di kemucak, penilaian dan hasil sama mencari..
Apa yg Allah mahukan bukan seperti apa yg aku mahukan..
Hidup ku pasrah..
Bukan dunia harus ku tuntut.
Bukan juga akhirat yang harus ku julang. .
Hanya perjalanan ke akhir zaman.
Dimana harus aku berada.
Terlalu berat yang harus aku pikul.
Demi Allah itu juga yang harus aku tanggung.
Aku menangis sendiri..
Dan aku hiba tertawa.
Mungkin sifat ku sendiri.
Aku selalu gagal dalam merencana..

Manusia!
Mampukah diri melawan taqdir..
Kalau yang angkuh..
Hanya pandainya berkata..
Seandainya beriman...
Hanya munajat dan berserah...
Sedangkan waktu hanya melihat..

Manusia!
Apa yang akan kau dengar.. !
Apa juga yang kau baca...!
Aneh kau rasa apabila yang kelam menjadi nyata..
Semua yang di minda menjadi gelita...
Apa yg kau lihat tidak seperti apa yg kau sangka...

Manusia!
Hidupnya hanya mampu berhalusinasi..
Inilah yang diperkatakan..
Dan aku sedia pada masa yang Allah tentukan..
Hanya taqdir menanti masa..
Buat aku yang sentiasa menanti.

--
alghaligh

Thursday, January 19, 2012

mata hati

Jika kau tanya pada aku.. 
Maka jawabku tiada.. 
Jika kau bertanya lagi padaku. 
Maka jawabku juga tiada.. 
Kerana apa yg kau rasa tanpa bisa kau sentuh.. 
Sungguh kau mencinta tapi hanya pada nama.. 
Hatimu hanya pada dirimu.. 
Lalu dimana aku? 
Kau menguji aku menduga. 
Sejauh hikmah sejarak berselerak.. 
Pasti kau bertanya! 
Apa yg ada pada benak fikirmu.. 
Dunia atau dunia atau dunia.. 
Bijak kau berkata hebat bicara pena.. 
Seperti ditahap syafaat.. 
Sedang sang azazil ma'arifatullah.. 
Sedang kau berpena dia juga mencelah.. 
Membara di jiwa yg bernama nafsu amarah.. 
Sedarkah hai! Sang jiwa.. 
Aku cuma berkata.. 
Malunya diriku.. 
Sedang Allah merenung walhal aku masih diambang khayal sang dunia sedang aku berkata tinggal segalanya.. 
Dan yg menjawab hanya selamba seolah-olah itu yg nyata.. 
Padahal aku berkata dgn si laknatullah.. 
Sungguh! Aku terlupa akan sabda Rasullulah ketika kamu dizaman dunia.. 
Akan muncul kemunafikan pada lidah dan jari si pemula..