Bismillahirrahmanirrahim

Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi, Subahanallah wabihamdihi
Segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta dan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Selawat & salam kepada Rasullullah S.A.W, & seluruh keluarga serta sahabat baginda yang dicintai.
Segala yang dicipta pasti akan musnah,
Segala yang baru akan menjadi sejarah,
Segala yang yang bermula pasti akan berakhir...

Selamat datang & Ahlan Wa Sahlan!
Semoga pengalaman diri & curahan minda di dalam blog ini memberi manfaat kepada semua. Amin.
__________________________________________

Tuesday, December 28, 2010

Apa yang kau mahu, apa yang Allah mahukan

Kenapalah dunia ni makin sempit.
Manusia semakin hilang haluan.
Apakah waktu yg Allah janjikan sudah ditahap maksimanya.
Kasihan aku memandang manusia.
Terus tenggelam dalam sifat angkuh dan jahilnya.
Ego tanpa batasan.
Rakus dengan kenafsuannya.

Ada yang mengatakan dia beriman tapi hanya untuk tatapan bukan pada hati.
Ada yang hidup demi duniawi harta dan kekayaan jadi santapan ukuran.
Tanpa dia sedari kan itu semua adalah milik Allah.
Hanya pinjaman sementara buat ujian tapi alpa sentiasa diminda.
Nafsu menutup hati sehingga leka menguasai akalnya.
Apakah manusia ini sentiasa Allah lalaikan pada harta dunia nyawanya disandarkan

Biarlah aku ini hanya pemerhati.
Pada yang hidup dan matinya keranamu ya Allah maka dunianya akhirat dan jiwanya taqwa.
Dan kepada yg ariff berfikir bijak berkata renung pada hati.
Siapa pemberi apa yang dimiliki dan yang maha berhak memiliki.
Tiada yang empunya melainkan semua kepunyaannya.
Allahu Rabbul Alamin.
Menara Masjid Jamek, Kuala Lumpur, 24 Oktober 2010, 12.47 Tengahari

Wednesday, December 22, 2010

Meniti waktu

Mungkin masa yang kau kejar
Mungkin juga masa yang kau tinggalkan
Mungkin yang berulang kembali berulang
Mungkin juga bila tiba saat
Saat untuk bersendirian
Bertafakur atau bertawadhuk
Melalui yang sama di setiap perjalanan
Memerhati di setiap laluan
Atau rasa bosan pada sebuah kehidupan
Atau rasa itu sesuatu yang hilang
Atau rasa itu sudah tidak wujud lagi..


Thursday, December 2, 2010

Bisikan Hati

Berjalan tanpa arah 
Mencari titik tuju 
Lalu aku bertanya mahu kemana arah mu hai makhluk ALLAH..? 
Takut menerjah dibenak fikiranmu 
Hanya kalimah zikrullah bermain di lidah 
Izinkan aku mengenalmu yg ALLAH 
Kata2 seorang hamba yang lahir fitrahnya daif.. 
Tapi bisikan hati terlalu hampir 

Lalu ke mana langkah ku..? 
Pastikah arah mu wahai makhluk ALLAH? 
Carilah di seluruh pelusuk alam ini 
Tapi apa yang kau temui hanyalah dirimu, dirimu dan dirimu 

Aku lagi tersenyum ujian baru bermula 
Aku hanya bertanya.. 
Jawapan ada pada dirimu. 
Kenapa tidak kau tanyakan pada hati mu! 
Kenapa terlalu jauh kau mengejar 

Kata firasat mu terlalu tinggi tapi falsafahmu menjunam ke bumi 
Aku hanya ketawa.. 
Mana mampu kau memikul beban dunia sedangkan kudratmu hanya sejengkal 
Apa yang kau sangkal itu yang kau kejar 
Kenapalah egoismu mengatasi fikir sehingga kau terlupa kenal dirimu 

Hai..! Manusia ni rupanya dia tidak kenal makna jemu.. 
Sekuat kakinya menghayun langkah. 
Mendengar bisikan bathinnya, 
hatiku untukmu ya ALLAH! 
Hidup dan matiku untukmu ya ALLAH! 
Carilah ALLAH sehingga ke penghujung persada langit 
Langit yang mana? 
Bisakah mindamu mengatasi akalmu. 
Seru pada dirimu tanya pendapat hatimu.


Misteri Rahsia Awan
Taman Berkeley, Tawau, Sabah, 13 September 2010, 5.56 petang